Re-seller Gunakan Warga Emas Untuk Dapatkan Kasut Edisi Terhad Di Off-White

Trending

Re-seller Gunakan Warga Emas Untuk Dapatkan Kasut Edisi Terhad Di Off-White

Sebuah butik fesyen jalanan yang terkini dan popular yang menjual pakaian mengikut musim serta gaya terkini, Off-White Kuala Lumpur, sentiasa melancarkan dan menjual pakaian edisi terhad.

Off-White Kuala Lumpur semalam telah mula membuka jualan kasut model Off-White™ c/o @Nike “All Hallows Eve” and “Grim Reaper”. Jualan kasut itu berdasarkan konsep first come first serve basis.

Advertisement

Jadi seperti biasa, orang ramai tidak akan melepaskan peluang beratur untuk mendapatkan kasut edisi terhad ini. Tidak ketinggalan para re-seller kasut yang akan menggunakan masa seperti ini untuk meraih keuntungan dengan menjual semula kepada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkannya.

Tetapi disebabkan terlalu teruja untuk mengaut keuntungan dan menjadi antara yang terawal untuk mendapatkan kasut edisi terhad itu, para re-seller telah melampaui batas dengan menggunakan khidmat warga tua sebagai ‘wakil’ untuk beratur seharian.

Jika sebelum ini, ramai menggunakan khidmat dan mengupah para remaja untuk beratur bagi pihak mereka, tetapi tindakan menggunakan warga emas dan ibu yang menggendong anak dilihat sebagai satu perbuatan yang sangat melampau oleh sesetengah netizen.

Seorang pengguna facebook meluahkan rasa kesal dengan tindakan para re-seller tersebut. Dia yang melihat keadaan segelintir warga emas yang tidak berapa sihat dan sempurna ketika beratur membuatkan dia berasa sangat kesal.

Dia juga mengajak netizen yang lain supaya tidak membeli kasut daripada re-seller ini dan harap orang ramai dapat menyebarkan status berkenaan untuk memberi kesedaran.

Walau siapapun yang melakukan tindakan ini, ia tetap dianggap perkara yang tidak bermoral dan melanggar tatasusila kita sebagai manusia.

Mungkin mereka ada membuat bayaran kepada semua warga emas tersebut, tetapi tetap tidak setimpal dengan bayaran dan keuntungan yang mereka akan dapat selepas mereka menjual semula kasut tersebut.

Biasanya orang ramai akan beratur sejak sehari sebelum hari pelancaran untuk mendapatkan sepasang kasut edisi terhad yang dijual di Off-White Kuala Lumpur ini.

Ada juga netizen yang beranggapan pihak Off-White juga perlu bertanggungjawab kerana mereka boleh mengambil inisiatif lain untuk menjual kasut-kasut edisi terhad mereka.

Diharap perkara seperti ini tidak akan berulang lagi dan berniagalah dengan cara yang lebih jujur serta tidak menggunakan orang lain.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...