April 12th, 2020

Sejak semalam viral video penyanyi Shahir AF, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Menerusi video berkenaan, Shahir memberitahu dia mengalami demam selama tiga hari dan terpaksa menggagahkan diri melalui dua sekatan jalan raya seawal jam 2 pagi untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, seorang petugas yang menjaga di luar pintu utama unit kecemasan memintanya pulang dan menasihatinya untuk ke klinik kesihatan pada siang hari.  Malah, petugas itu turut melarangnya untuk membuat sebarang rakaman video.

“Penyalahgunaan jabatan kecemasan, artis patutnya tunjuk contoh yang baik”

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Tindakan Shahir merakamkan video di ruang kecemasan hospital adalah salah. Bukan itu sahaja, aduannya terhadap layanan yang diberikan juga tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Seharusnya kena lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Semestinya, kes yang betul-betul serius akan diutamakan.

“Macam nak pengsan, tapi ada masa rakam video”

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Rata-rata netizen menganggap apa yang dilakukan oleh Shahir hanya sekadar ingin meraih perhatian. Masih sempat untuk merakam video meskipun dalam keadaan lemah?

Namun, dalam video berkenaan Shahir ada menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Menurutnya lagi, dia sudah pun terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.

Sumber Berita : Astro Gempak


18 responses to “Rayu Simpati 3 Hari Demam & Didakwa Dihalau Dari Hospital, Shahir Dikecam Teruk”

  1. Malas says:

    Silap dia, demam kena pergi klinik biasa dulu. Takrif kecemesan dia kurang tepat. Shah Alam byk klinik kut, termasuk klinik kesihatan. Musim Covid nie pi klinik dulu kalau setakat demam

  2. khai says:

    alahaii yg kecam pun kalau kena kat diri korang baru tahu. mana hospital tahu tu demam biasa? katekan betul2 corona..and die balik rumah…berjangkit dgn jiran2 dia…dah wujud kluster baru pulak. siapa nk mnjawab tu? at least amek lah suhu..ni dan2 dihalau balik…kkm ni bila tegur marah, nak saman…kena la ambil komen orang tu utuk perbaiki apa yg perlu.

  3. Makcik kiah BPN says:

    Jgn la nk tambahkan stress frontliner.. Dok sebut byk kali frontliner.. Dorang tu dh byk bebanan.. G klinik sewasta 24hrs.. Sana blh buat surat g ED terus if betul serius.. Lg2 hspital shah alam tu handle covid19.. Klu frontliner semua buat prangai give up utk bantu rakyat utk lwn covid19, habis kita semua.. Shahir, x salah pn g ed.. Tp g hspital lain.. Swasta ka.. Yg x tbeban byk psl covid19..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...