Rayu Simpati 3 Hari Demam & Didakwa Dihalau Dari Hospital, Shahir Dikecam Teruk

Hiburan

Rayu Simpati 3 Hari Demam & Didakwa Dihalau Dari Hospital, Shahir Dikecam Teruk

Sejak semalam viral video penyanyi Shahir AF, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir petugas di sebuah hospital di Shah Alam yang enggan melayannya untuk berjumpa doktor.

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Advertisement

Menerusi video berkenaan, Shahir memberitahu dia mengalami demam selama tiga hari dan terpaksa menggagahkan diri melalui dua sekatan jalan raya seawal jam 2 pagi untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Bagaimanapun, seorang petugas yang menjaga di luar pintu utama unit kecemasan memintanya pulang dan menasihatinya untuk ke klinik kesihatan pada siang hari.  Malah, petugas itu turut melarangnya untuk membuat sebarang rakaman video.

“Penyalahgunaan jabatan kecemasan, artis patutnya tunjuk contoh yang baik”

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Tindakan Shahir merakamkan video di ruang kecemasan hospital adalah salah. Bukan itu sahaja, aduannya terhadap layanan yang diberikan juga tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

Seharusnya kena lebih peka dengan keadaan semasa wabak COVID-19 dan setiap petugas kesihatan telah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan sepanjang mengendalikan wabak itu. Semestinya, kes yang betul-betul serius akan diutamakan.

“Macam nak pengsan, tapi ada masa rakam video”

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital shahir demam 3 hari dihalau dari hospital

Rata-rata netizen menganggap apa yang dilakukan oleh Shahir hanya sekadar ingin meraih perhatian. Masih sempat untuk merakam video meskipun dalam keadaan lemah?

Namun, dalam video berkenaan Shahir ada menjelaskan dia tidak berniat untuk memburukkan mana-mana pihak tetapi tindakannya itu adalah untuk mewakili individu lain yang turut menerima nasib sama. Menurutnya lagi, dia sudah pun terlebih dahulu membeli ubat dari farmasi ekoran kesihatannya merosot.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...