Baru-baru ini, pelakon, Raysha Rizrose dan suaminya, Nabil Jeffri telah berkongsi berita gembira menerusi Instagramnya bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi.
Dalam video yang dimuat naik di akaun @raysharizrose pada hari Ahad yang lalu, pasangan itu kelihatan begitu gembira selepas mengetahui mereka bakal menimang seorang puteri.
Acara ‘gender reveal’ yang telah berlangsung itu diadakan di Kuala Lumpur Golf & Country Club dan turut dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan-rakan terdekat mereka.
Pada 7 September yang lalu, Raysha telah mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata menerusi Instagram miliknya setelah 10 tahun melangsungkan perkahwinan.
Juara Dewi Remaja pada tahun 2014/2015 itu dijangka akan melahirkan puteri sulung mereka pada hujung tahun ini atau awal tahun hadapan.