Rayani Air Gantung Operasi Serta Merta, Pelan Penstrukturan Semula Dilaksana

Trending

Rayani Air Gantung Operasi Serta Merta, Pelan Penstrukturan Semula Dilaksana

rayaniair

Syarikat penerbangan tambang murah patuh syariah pertama Malaysia, Rayani Air menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta.
Perkara itu diberitahu oleh pemilik syarikat terbabit, Ravi Alagendrran kepada mStar  Online pada Sabtu.

Advertisement

Menurutnya, pergantungan itu akan berkuat kuasa sehingga ke sat tempoh yang akan dimaklumkan semula.

“Ingin dimaklumkan bahawa kita telah menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta pada 8 April 2016 sehingga dimaklumkan kemudian.

“Ia adalah sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat. Kita akan beroperasi semula selepas melakukan penstrukturan semula,” katanya sebagai mana lapor mStar Online.

Ravi juga berkata, pihaknya telah memaklumkan perkara yang sama kepada pegawai syarikat tersebut menerusi emel.

Berdasarkan emel itu, Ravi meminta pegawainya supaya  mengarahkan bahagian masing-masing menghentikan operasi dan ‘mengira semula aset syarikat’.

Semua bayaran balik dan pertanyaan berkaitan dengan penumpang yang telah ditempah awal, perlu dipanjangkan kepada [email protected] atau hubungi pusat panggilan di +603-27214925 (beroperasi setiap hari dari pukul 9 pagi sehingga 6 petang),” ujar Ravi.

Dalam pada itu, Ravi turut mengesahkan bahawa Rayani Air terpaksa membatalkan penerbangannya berikutan mogok yang dilancarkan juruterbangnya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...