Nikmati Subsidi Pakej Umrah Tabung Haji Sebanyak RM3,000 Sepanjang Tempoh Raya Ini!*

Branded

Nikmati Subsidi Pakej Umrah Tabung Haji Sebanyak RM3,000 Sepanjang Tempoh Raya Ini!*

19 April (Sabtu) tak tahu ke mana? Masih dalam musim Raya, kali ini, jom Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna @ Salak Perdana!

Ada pelbagai aktiviti menarik untuk semua! Jom serbu beramai-ramai!

didi and friends

1.Meet & Greet Didi & Friends 

Kanak-kanak pasti teruja bertemu watak kegemaran mereka! Dari skrin telefon ke alam realiti, bukan selalu dapat peluang macam ni.

Boleh bergambar, beramah mesra, mesti anak-anak pun suka bila dapat berjumpa watak-watak ini.

kursus umrah

2.Sesi perkongsian Umrah oleh Tabung Haji Travel (1pm)  

Sudah lama pasang niat untuk ke Tanah Suci Mekah menunaikan umrah? Pastinya ramai yang menyimpan hasrat yang sama membawa ibu bapa dan anak-anak menunaikan umrah.Tabung Haji travel akan membuat sesi perkongsian mengenai ibadah umat Islam ini.

Pengunjung boleh bertanya lebih lanjut kepada ustaz dan ustazah yang berpengalaman ke sana, apa persediaan yang perlu dilakukan dari segi mental dan fizikal selain prosedur penting sebelum ke sana.

3. Lukisan Seni Pasir

lukisan seni pasir

Aktiviti kreatif untuk anak-anak. Ibu bapa pun boleh join aktiviti ni, siapa belum cuba kena cuba, memang fun. Selain itu, boleh juga maniskan hari sekeluarga dengan pelbagai jenis gula-gula! Musim Raya belum habis kan? Masa untuk enjoy.

4.Lukisan Seni Atas Muka

face art

Tukar wajah jadi lebih ceria dengan lukisan comel & berwarna-warni! Anak-anak mesti suka punyalah. Nak jadi watak kartun kegemaran? Suka bunga atau rama-rama? Semuanya boleh. Macam-macam pilihan lukisan seni pada muka tersedia nanti.

Kehidupan moden di Greenwoods Senna @ Salak Perdana, Semi-D berkembar hanya daripada RM5xxK*

greenwoods senna

Alang-alang Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna, korang tahu tak info pasal projek ni? 

Greenwoods Senna menawarkan 368 Semi-D Berkembar yang dikelilingi persekitaran yang mesra dan hijau, di mana anda boleh nikmati kehidupan moden serta lestari.

Kawasan Luas, Rumah Terbaik Seisi Keluarga

Terletak di atas tanah pegangan bebas, Greenwoods Senna @ Salak Perdana menawarkan koleksi 368 unit Semi-D Berkembar, dengan reka bentuk bersaiz antara 34′ x 65′ hingga 44′ x 75′ menampilkan konsep susun atur terbuka dan dilengkapi empat bilik tidur serta tiga bilik mandi yang melengkapi keperluan anda sekeluarga. 

Lokasi Strategik dan Komuniti Bersekuriti

Untuk memastikan keselamatan penghuni, kawasan ini dilengkapi dengan berpagar dan berpengawal. Semua ini untuk keselesaan tinggal dalam komuniti yang tenang tanpa perlu risau isu keselamatan sekeluarga. 

Bertempat di lokasi strategik berhampiran lebuhraya utama seperti Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX serta akses mudah ke stesen ERL Salak Tinggi, Greenwoods Salak Perdana memastikan kesinambungan perjalanan yang lancar ke ibu negara dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Perbandaran Greenwoods Salak Perdana terletak berhampiran kemudahan beli-belah seperti KIP Mall, AEON Mall, dan Mitsui Premium Outlet, pastinya melengkapi keperluan harian mahu pun barangan mewah.

Kemudahan Untuk Detik Indah Bersama

Taman rekreasi yang privasi sesuai untuk berjoging dan berbasikal serta piknik bersama keluarga. Selain itu, terdapat taman permainan dengan kelengkapan interaktif, sesuai untuk aktiviti luar yang menyeronokkan atau meluangkan masa bersama komuniti penduduk. 

Greenwoods Senna adalah pilihan ideal untuk kehidupan moden yang luas dan selesa, di mana anda boleh menikmati ketenangan dengan keselamatan terjamin untuk keluarga dan rumah anda.

Indah, Selesa dan Penuh Kemudahan di Greenwoods Salak Perdana

Greenwoods Salak Perdana menawarkan gaya hidup keluarga yang ideal. Laman Rimba yang subur dan laluan pejalan kaki semula jadi mempamerkan flora tempatan, sementara dek pemerhatian menyediakan pemandangan panorama yang menakjubkan. 

Selain itu juga anda boleh ke taman rekreasi untuk berbasikal dan menggunakan litar larian untuk cergaskan badan, memang best!

greenwoods senna

Buat tempahan dan dapatkan pakej Raya Subsidi Umrah bernilai RM3,000*! 

Raya kali ini lebih bermakna dengan peluang memiliki kediaman idaman sambil menikmati promosi istimewa! Lebih menarik, Paramount Property memperkenalkan tawaran eksklusif untuk pembeli Greenwoods Senna @ Salak Perdana, korang akan menerima pakej Raya Subsidi Umrah bernilai RM3,000*! Inilah peluang terbaik untuk memiliki rumah idaman. Tertakluk terma dan syarat.

Jadi apa tunggu lagi. Jangan lepaskan peluang ini! Bawa keluarga dan rakan-rakan untuk Beraya Gaya Bersama Greenwoods Senna @ Salak Perdana. Jumpa di sana!

greenwoods senna

Jangan lupa untuk tandakan kalendar siap-siap – 19 April 2025, dari 10 pagi hingga 4 petang di Greenwoods Senna Show House @ Greenwoods Salak Perdana. Banyak aktiviti menarik menanti untuk anda sekeluarga! Untuk mendaftar, isi borang di link INI atau hubungi talian 03-92127411. 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...