Raya Dah Makin Dekat, Ini 5 Benda Yang WAJIB Anda Lakukan

Hiburan

Raya Dah Makin Dekat, Ini 5 Benda Yang WAJIB Anda Lakukan

Pejam celik pejam celik, sudah 7 hari kita berpuasa. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari lagi sebelum Hari Raya Aidilfitri bakal menjelma. Mesti semua tengah excited buat persiapan kan? Iyerlah, Raya kan setahun sekali je. Mestilah nak tampil kebabom, meletop, menarik, anggun dan jelita di pagi Raya. Tak gitu?

image

Abang Nara dan family di Hari Raya tahun lepas

Di sebalik keterujaan kita nak menyambut Hari Raya Aidilfiltri, jangan lupa ada beberapa perkara yang kita perlu lakukan untuk memastikan sambutan hari penuh gemilang ini berjalan lancar. Untuk memudahkan korang, Abang Nara kongsikan “checklist” yang diri ini lakukan setiap tahun.

Advertisement

1. Pastikan kondisi kereta tip top

image

Rata-rata umat Islam Malaysia akan pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kebiasaannya juga kita akan memandu kereta untuk satu perjalanan yang jauh. Jadi kita WAJIB pastikan kondisi kenderaan kita berada di dalam keadaan terbaik. Tayar kena buat alignment dan balancing, minyak hitam kena tukar, wiper kena pastikan bersih dan sebagainya. Pastikan anda dah sediakan bajet yang secukupnya untuk menghantar kereta anda ke pusat servis. Jangan nanti orang lain beraya di kampung, tapi anda beraya di atas highway kerana kereta rosak.

2. Baju Raya kena sedondon

image

Kan bergaya kalau satu family sedondon macam Che Ta dan anak-anaknya nie

Tak meriahlah Raya sekiranya anda sekeluarga tidak mengenakan baju raya sedondon. Paling kurang seisi keluarga kenalah menggayakan baju Raya yang sama warna. Barulah mood Raya itu lebih terasa, terutamanya di pagi 1 Syawal. Sekarang ini dah banyak pilihan baju raya sedondon yang boleh dibeli di kedai, secara online ataupun lebih bagus, ditempah dengan tukang jahit.

3. Kuih raya untuk jamu para tetamu

image

Yang mana satu kuih feveret korang?

Apalah ertinya Hari Raya Aidilfitri tanpa kuih raya? Kita kena sediakan kuih raya secukupnya kerana sudah tentu rakan-rakan dan sanak saudara akan datang melawat sepanjang Syawal ini. Sambil-sambil berborak, sambil makan kuih. Seronok!!!

4. Rebut peluang promosi Aidilfitri.

image

Gila apa diskaun sampai 92%. Baik bagi free je kan?

Benda yang paling best sempena Hari Raya Aidilfitri ini ialah tak lain tak bukan promosi dan diskaun yang pelbagai. Semua jenis kedai, semua jenis barang, semua jenis website akan memberikan tawaran yang hebat-hebat. 70% diskaun la, beli 1 percuma 1 la, beli 4 dapat 5 dan macam-macam lagilah. Inilah masanya untuk anda merebut peluang membeli perabot baru, baju baru, televisyen baru. Tapi ingat, belanja kena berhemah. Jangan sampai berhutang pulak!!!

5. Pastikan handphone anda berkualiti

image

Nak lagi power beli dengan stick selfie nie sekali. Memang puas!!!

Last but not least, di bulan Syawal ini, pastikan handphone anda berkualiti tinggi lebih-lebih lagi bahagian kameranya. Inilah masanya untuk anda berselfie, tangkap gambar satu family dan posing sana sini dengan baju Raya. Tak ada orang nak marah kalau anda habiskan masa berjam-jam untuk tangkap gambar. Yang penting, beli handphone yang kameranya boleh menyerlahkan lagi kekacakan dan kejelitaan anda.

Lakukan Semua “checklist” Ini Bersama Hong Leong Mastercard

image

Sudah tentu untuk memastikan semua “checklist” ini berjaya dilakukan, kita perlu menggunakan bajet kewangan. Perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri sememangnya menelan belanja yang besar, lebih-lebih lagi jika anda sudah berkeluarga.

Memahami kehendak dan keperluan umat Islam berbelanja sempena Syawal ini, Hong Leong Mastercard kini memberikan promosi AWESOME buat pengguna kad kredit mereka.

Bermula sekarang sehingga 30 Jun 2018, pemegang kad kredit Hong Leong Mastercard akan menikmati kadar faedah 0% menerusi pelan ansuran bulanan selama 18 bulan.

Anda hanya perlu berbelanja minimum RM500 untuk apa-apa barangan dan di mana-mana sahaja untuk menikmati promosi ini. Selepas membeli-belah, terus telefon 03-76268899 atau SMS IPP nombor IC baru 12 digit nombor kad 6 digit terakhir amaun seperti dalam resit ke 66600 untuk menukarkan perbelanjaan anda ke pelan ansuran bulanan selama 18 bulan.

image

Senang cakap, apa yang anda shopping untuk Raya ini, anda boleh bayar balik dalam tempoh setahun setengah tanpa pening kepala memikirkan kadar faedah yang sering dikenakan oleh pihak bank. Power kan promosi Hong Leong Mastercard nie?

image

Sekiranya anda bukan pemegang kad kredit Hong Leong Mastercard, ini adalah masa terbaik untuk memilikinya. Boleh dapatkan maklumat lanjut di http://www.hlb.com.my/helohappy . Selamat berbelanja dan selamat bersiap-sedia untuk Hari Raya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...