Seperti yang ramai sudah ketahui, kes harian COVID-19 di negara kita semakin meningkat hari demi hari, sehingga ia sudah capai pada angka yang agak membimbangkan.
Lebih-lebih lagi, semalam didapati kes harian menaik dengan sangat mendadak hingga mencapai angka 31,199 kes sekaligus difahamkan ia adalah angka tertinggi yang pernah dicatatkan.
Sehubungan dengan itu, kini MAEPS sudah kembali beroperasi bagi menempatkan pesakit yang dijangkiti COVID-19 untuk kuarantin.
MAEPS dah on. Tandanya apa kawan2? pic.twitter.com/cU5wjrcqo3
— MyJoe Store ?? (@myjoe_) February 24, 2022
Menerusi perkongsian semula seorang pengguna di Twitter ini, dapat dilihat dari gambar tersebut sukarelawan sedang menyusun semula mengikut barisan katil-katil yang ada dan peralatan perubatan lain.
Apabila lihat di dalam ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen sudah membuat andaian mereka sendiri bahawa tidak akan ada perayaan Aidilfitri kerana kerajaan mungkin akan adakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, kami kongsikan artikel berkaitan pada pautan di bawah.