“Rawatan Kosmetik Guna Suntikan Boleh Sebar HIV” – Pakar

Trending

“Rawatan Kosmetik Guna Suntikan Boleh Sebar HIV” – Pakar

Pakar kesihatan berkata virus HIV boleh merebak ketika melakukan prosedur suntikan, seperti rawatan kosmetik tertentu.

Advertisement

Bekas presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H Krishna Kumar berkata peralatan pakai buang perlu digunakan kerana apa juga alat yang boleh menyebabkan berdarah mampu memindahkan HIV.

“Itu sebabnya tukang gunting rambut biasanya guna pisau pakai buang, kerana ketika bercukur, anda boleh tercedera bila terkena salur darah yang boleh menyebarkan penyakit bawaan darah seperti HIV,” katanya, lapor FMT.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas artikel disiarkan The Telegraph baru-baru ini yang mendedahkan Kesihatan Awam England menyiasat kemungkinan risiko HIV dipindahkan menerusi rawatan kosmetik dikenali sebagai “jarum microdermabrasion”.

Siasatan itu dilakukan selepas 3 kakitangan di salun kecantikan yang mengalami kecederaan dicucuk jarum ketika melakukan rawatan itu.

“Jarum microdermabrasion” membabitkan pemegang penggulung silinder disemat jarum yang digerakkan ke atas muka, dan cucukan kecil jarum itu boleh menyebabkan luka berdarah.

Krishna berkata rawatan kosmetik dijalankan oleh pendandan, bukan doktor dan mereka tidak dilatih untuk mencegah penyakit bawaan darah.

“Jika anda tidak dilatih, maka kemungkinan besar anda tidak mengambil langkah perlu bagi mengelak penyebaran penyakit seperti itu,” katanya.

Krishna, yang juga pengerusi Jawatankuasa Wakil Obstetrik dan Ginekologi Royal College berkata dengan perubatan moden, lebih sukar mengesan sama ada seseorang itu menghidapi HIV atau tidak.

“Anda tidak tahu sama ada seseorang itu dijangkiti HIV positif atau tidak. Perubatan zaman sekarang membolehkan seseorang yang ada HIV menjalani hidup normal,” katanya.

Ditanya sama ada berlaku kes seseorang dijangkiti HIV daripada rawatan kosmetik, Krishna berkata belum ada cara untuk mengetahuinya selagi siasatan Kesihatan Awam England belum selesai.

“Kami biasanya tanya pesakit yang ada HIV sama ada mereka penagih dadah atau melakukan seks rambang. Kami tidak tanya sama ada mereka menjalani rawatan kecantikan dan sebagainya.

“Mungkin ada sesuatu berlaku dan mereka mula menyiasat. Kita terpaksa tunggu hasil siasatan itu,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...