Ratusan Model Kereta Nissan Skyline Dijual Pada Harga Sangat Rendah Oleh Syarikat Ini

Automotif

Ratusan Model Kereta Nissan Skyline Dijual Pada Harga Sangat Rendah Oleh Syarikat Ini

Pasti ada yang terkejut bila melihat keadaan di kilang Jepun ini yang dipenuhi dengan beratus Nissan Skyline terdiri daripada R32, R33 dan R34. Syarikat Trust Kikaku ini merupakan ‘syurga’ untuk ratusan model Skyline yang juga boleh dihantar ke luar negara.

Seorang YouTuber dari Australia ini membuat lawatan di kilang yang terletak dalam kawasan pedalaman Jepun ini. Dia juga sempat merakamkan ratusan model kereta yang ditempatkan di sana.

Advertisement

Walaupun bukan kesemua model ini dalam keadaan original tetapi Trust Kikaku ada menyimpan model yang lebih berharga di ruangan khas. Sesetengah darinya dijual dengan harga yang sangat murah dari biasa.

pintu kereta
bumper kereta
Beratus bahagian kereta seperti pintu, bumper dan bahagian lain diasingkan mengikut tempat di kilang ini. Untuk model generasi R34, model empat pintu ini hanya dijual pada harga US$2000 (RM8,373.00) walaupun ianya model non-turbo dengan transmisi automatik.

Apa yang menariknya, mereka juga menjual model Skyline R34 untuk pembeli di United States. Pembeli juga boleh menyimpan model ini dengan hanya $US50 (RM209.32) sebulan sebelum di import secara sah ke United States. Model R32 dan R33 sudah boleh didapati di United States.

kereta nissan

Untuk saksikan keadaan di sekitar kilang itu, boleh tonton video penuh di bawah ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...