Ratusan Masyarakat Muslim Di Jerman Dibenarkan Untuk Solat Sunat Raya Di Ruang Parkir IKEA

Trending

Ratusan Masyarakat Muslim Di Jerman Dibenarkan Untuk Solat Sunat Raya Di Ruang Parkir IKEA

Cawangan IKEA di Jerman menerima pujian ramai apabila memberikan keizinan kepada ratusan orang dari komuniti Muslim tempatan untuk menggunakan tempat letak kenderaannya untuk solat sunat hari raya.

Pada hari Sabtu dan Ahad, berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia merayakan Hari Raya Aidilfitri, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan. Tetapi langkah-langkah penjarakan sosial akibat COVID-19 menghalang kumpulan besar untuk berkumpul di tempat yang tertutup.

Advertisement

Oleh itu, kebanyakan masjid tidak dapat menampung sejumlah besar jemaah dan telah terbukti sukar bagi masyarakat setempat untuk berkumpul bagi solat berjemaah. Namun, masjid di bandar Wetzlar berhampiran Frankfurt, berfikir di luar kotak dan bertanya kepada cawangan IKEA tempatan jika mereka boleh menggunakan ruang di tempat letak kenderaan.

ikea jerman

ikea jerman

Dengan ruang yang luas, jemaah dapat menunaikan solat sambil menjaga jarak yang selamat antara satu sama lain. Pada masa yang sama, mematuhi garis panduan penjarakan sosial yang ada untuk mencegah penyebaran COVID-19.

Garis panduan Jerman menetapkan bahawa setiap individu harus menjauhkan diri dengan jarak antara satu sama lain ketika berada di tempat umum. Masjid Wetzlar mengeluarkan kenyataan mengucapkan terima kasih kepada kedai perabot tersebut yang terletak tidak jauh dari masjid.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada polis Wetzlar, pejabat ketenteraman awam Wetzlar, pengurusan IKEA Wetzlar, saudara-saudara, dan semua yang menyumbang untuk menjadikan percutian yang luar biasa ini,” katanya dalam kenyataan itu.

Bercakap kepada BBC, ketua masjid Wetzlar iaitu Kadir Terzi, mengatakan bahawa dia mengubungi IKEA itu ketika mencari tempat alternatif untuk membolehkan jemaah solat untuk hari raya. Pada mulanya dia tidak mengharapkan sebarang maklum balas positif namun terkejut pada akhirnya.

Pengurus cawangan itu tidak teragak-agak memberikan kebenaran itu semasa dihubungi. Dia mengaku berasa sangat terkejut namun dalam masa yang sama gembira dengan kebenaran itu. Perkongsian sekitar suasana solat sunat hari raya itu kemudian tular di media sosial.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...