Cawangan IKEA di Jerman menerima pujian ramai apabila memberikan keizinan kepada ratusan orang dari komuniti Muslim tempatan untuk menggunakan tempat letak kenderaannya untuk solat sunat hari raya.
Pada hari Sabtu dan Ahad, berjuta-juta umat Islam di seluruh dunia merayakan Hari Raya Aidilfitri, menandakan berakhirnya bulan suci Ramadan. Tetapi langkah-langkah penjarakan sosial akibat COVID-19 menghalang kumpulan besar untuk berkumpul di tempat yang tertutup.
Oleh itu, kebanyakan masjid tidak dapat menampung sejumlah besar jemaah dan telah terbukti sukar bagi masyarakat setempat untuk berkumpul bagi solat berjemaah. Namun, masjid di bandar Wetzlar berhampiran Frankfurt, berfikir di luar kotak dan bertanya kepada cawangan IKEA tempatan jika mereka boleh menggunakan ruang di tempat letak kenderaan.
Dengan ruang yang luas, jemaah dapat menunaikan solat sambil menjaga jarak yang selamat antara satu sama lain. Pada masa yang sama, mematuhi garis panduan penjarakan sosial yang ada untuk mencegah penyebaran COVID-19.
Garis panduan Jerman menetapkan bahawa setiap individu harus menjauhkan diri dengan jarak antara satu sama lain ketika berada di tempat umum. Masjid Wetzlar mengeluarkan kenyataan mengucapkan terima kasih kepada kedai perabot tersebut yang terletak tidak jauh dari masjid.
Bercakap kepada BBC, ketua masjid Wetzlar iaitu Kadir Terzi, mengatakan bahawa dia mengubungi IKEA itu ketika mencari tempat alternatif untuk membolehkan jemaah solat untuk hari raya. Pada mulanya dia tidak mengharapkan sebarang maklum balas positif namun terkejut pada akhirnya.
Pengurus cawangan itu tidak teragak-agak memberikan kebenaran itu semasa dihubungi. Dia mengaku berasa sangat terkejut namun dalam masa yang sama gembira dengan kebenaran itu. Perkongsian sekitar suasana solat sunat hari raya itu kemudian tular di media sosial.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.