Seperti diketahui ramai, filem Korea iaitu Squid Game sememangnya menjadi satu fenomena apabila ianya menjadi bualan ramai susulan mempunyai jalan cerita lain daripada yang lain.
Kerana mendapat sambutan hangat, pengarah membuat keputusan untuk membuat Squid Game 2 dan kini boleh ditonton oleh orang ramai di platform penstriman Netflix.
Filem Squid Game sebenarnya berdasarkan kisah benar?
Bagaimanapun, ada yang mengatakan filem popular itu merupakan berdasarkan kisah benar? Khabar angin ini mula tersebar selepas ada yang membongkarkan semula kisah lama yang berlaku di Korea Selatan sekitar tahun 80-an.
Difahamkan ketika itu, kanak-kanak dan orang dewasa yang tergolong dalam golongan miskin, tidak bekerja, orang kurang upaya (OKU) dan kaki botol akan diculik, lalu di bawa ke suatu tempat yang dipanggil sebagai ‘The Brother’s Welfare Center’.
Pusat kebajikan ‘neraka’
Biarpun ia merupakan tempat pusat kebajikan, namun cerita disebalik bangunan batu itu telah mendatangkan rasa trauma buat individu-individu yang diculik kerana difahamkan, mereka dikerah untuk melakukan kerja berat tanpa dibayar.
Lebih teruk, mereka akan dipukul hingga tidak bernyawa dihadapan mangsa-mangsa yang lain jika cuba untuk melarikan diri dari tempat tersebut dan alasan memukul dihadapan mangsa-mangsa lain kerana mahu dijadikan sebagai pengajaran agar tidak dilakukan di masa akan datang.
Golongan OKU dipaksa ambil dadah, wanita dirogol
Untuk golongan yang kurang upaya, mereka akan dipaksa untuk mengambil dadah sepanjang masa, manakala untuk golongan wanita pula, pekerjaan mereka sama seperti lelaki tetapi dalam pada masa yang sama, mangsa-mangsa wanita akan dirogol dan jika hamil, mereka akan dicucuk dengan satu ubat yang akan mengugurkan kandungan itu.
Orang ramai tidak mengetahui perbuatan jijik pihak kebajikan itu kerana mereka memaparkan imej baik dengan mengatakan pusat kebajikan The Brother’s merupakan tempat ‘selamat’.
Pada suatu hari, seorang pendakwa raya yang dikenali sebagai Mr. Kim masuk ke dalam hutan untuk memburu, semasa sedang berjalan dia terlihat mangsa-mangsa ini, lalu mengambil gambar dan bermula daripada itu, kisah mengerikan ini berhenti kerana Mr. Kim membuat laporan dan menularkan kes terbabit.