Gempar! Penduduk sekitar Shah Alam dikejutkan dengan bau busuk dari ratusan bangkai ikan yang timbul di permukaan Sungai Damansara berdekatan Seksyen 13 di sini.
Memetik laporan Metro, salah seorang penduduk mahu dikenali sebagai Muhammad memaklumkan, dia menyedari kejadian itu sekitar jam 8.30 pagi ketika hadir ke pejabatnya terletak bersebelahan dengan sungai itu.
“Saya terkejut melihat banyak bangkai ikan timbul. Bagaimanapun saya dimaklumkan ada yang melihat bangkai ikan itu timbul lebih awal”
Sementara itu salah seorang penduduk sebuah kondominium berdekatan sungai itu turut terkejut apabila melihat banyak bangkai ikan dari atas balkoni kediaman dihuni.
Di laman sosial Twitter, terdapat beberapa pengguna yang berkongsikan gambar dan video kejadian.
RATUSAN ikan mati di Sg. Damansara, TTDI Jaya, Shah Alam. Kejadian berlaku berdekatan rumah aku. Gambar diambil 11 pagi tadi. Tak tahu apa punca. Dah buat aduan kepada @jasmalaysia harap tindakan diambil segera. pic.twitter.com/pzOYtzV5fL
— nr (@jebatadura) June 23, 2021
Someone just polluted my river. Look at all the dead fish ?? what are the birds going to do. Where do I report this in Shah alam? pic.twitter.com/Ju4KOtwtUh
— visithra manikam (@visithra) June 23, 2021
Berbalik pada kenyataan penduduk kondominium itu, dia juga tidak pasti bilakah bangkai ikan itu mula timbul namun jumlahnya semakin banyak petang tadi. Malah terdapat lapisan seakan minyak di permukaan sungai itu.
Semua bangkai ikan berkenaan dilihat dibawa arus sungai berkenaan ke bahagian hilir sungai.
Sedih betul melihatkan banyak ikan yang mati. Semoga puncanya dapat diketahui segera dan ada pihak berwajib yang tampil untuk selesaikan kes ini. Aamiin.