Ratusan Ekor Babi Mati Di Indonesia Dan Filipina Akibat Wabak Penyakit Misteri

Trending

Ratusan Ekor Babi Mati Di Indonesia Dan Filipina Akibat Wabak Penyakit Misteri

Ribuan ekor babi mati secara misteri di Indonesia selepas Filipina mengumumkan penyebaran wabak Demam Babi Afrika di negara itu. Beberapa bulan lalu, Sumatera mengalami penurunan populasi haiwan itu selepas hampir 50,000 ekor babi mati secara tiba-tiba dikatakan berpunca daripada wabak tersebut.

Menurut Agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 ekor babi yang mati akibat wabak itu sejak dua bulan yang lalu. Penyebaran wabak itu dikatakan telah menular kepada tujuh kawasan di Indonesia antaranya Bandung yang mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian babi, Tabanan (219), Denpasar (45), Gianyar (24), Bangli (1) dan Karangasem (1).

Advertisement

Wabak selsema babi atau demam babi afrika ini dikatakan berpunca dari aktiviti penyeludupan haiwan berkenaan dari China.

Malah, ianya telah merebak ke kawasan pulau-pulau yang lain termasuk Manila. Buat masa ini, pihak berkuasa menghalang penjualan produk dan haiwan tersebut yang diimport dari negara berkenaan. Sampel darah dari babi yang mati telah dihantar ke Pusat Penyelidikan Veteriner di Medan, Sumatera Utara untuk proses siasatan.

Semua haiwan yang mati itu mengalami simptom yang sama walaupun mereka telah diberikan vaksin. Pihak berkuasa tempatan turut mengarahkan supaya kawasan ladang haiwan tersebut dibersihkan dan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...