April 3rd, 2011

ratu the movie astro first

Nak tengok cerita Ratu The Movie tapi tak sempat pergi wayang baru-baru ini? Jangan risau. Dengan adanya Astro First, anda kini boleh menonton filem Ratu The Movie dari sofa empuk rumah anda. Hanya dengan bayaran RM15 (kalau tak silap), anda boleh mengajak mak, ayah, atok, nenek, anak sedara dan ramai lagi untuk menonton filem Ratu The Movie bersama-sama. Salah satu cara untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta di hujung minggu. Tak gitu?

Untuk yang tak tahu, filem Ratu The Movie mempersembahkan pelakon-pelakon baru yang sedang meningkat naik seperti Tasha Shilla, Bkay Nair, Farah Rahman, Farahin, Jazzy, Sue, Arizan , Elya, Shazlyn dan dimantapkan lagi dengan gandingan barisan pelakon popular seperti Eizlan Yusof, Fouziah Gous, Yusry KRU dan Azlee Khairi. Abang Nara cadang-cadang nak menonton Ratu The Movie di channel 483 Astro First hari ini sebelum siaran langsung ABPBH.

Korang pun tunggu apa lagi? Pergi ke channel 483 Astro First sekarang jugak dan tonton filem Ratu The Movie. Jangan lupa letak air Coke dan kacang di sebelah. Buat ala-ala tengok di wayang. Baru feel ~~~~~


Comments are closed.

Loading...