Ratu Terjun Negara Mara Ke Separuh Akhir, Intai Peluang Slot Ke Final

Trending

Ratu Terjun Negara Mara Ke Separuh Akhir, Intai Peluang Slot Ke Final

Ratu terjun Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri layak ke separuh akhir perseorangan wanita 10m platform di Sukan Olimpik Rio.

Advertisement

Dalam pusingan awal di Pusat Akuatik Maria di sini, Pandelela, pemegang pingat gangsa acara ini di Olimpik London 2012 London, menduduki tempat keenam sementara Nur Dhabitah tempat kelapan.

Kedua-dua mereka adalah antara 28 penerjun yang cuba merebut 18 tempat bagi peringkat seterusnya esok selepas menamatkan format 5 terjunan itu.

Peringat separuh akhir akan diadakan pada 9.00 malam (waktu Malaysia) diikuti dengan pusingan akhir 12 penerjun pada 3.00 pagi (waktu Malaysia).

Pandelela, yang mengutip pingat perak dalam acara 10 meter platform seirama bersama Cheong Jun Hoong di sini mengumpul 332.4 mata sementara Nur Dhabitah mengumpul 325.58 mata.

Peserta pilihan, Si Yajie berada di atas dengan 397.45 mata sementara rakan sepasukannya Ren Qian di tempat kedua, ketinggalan 11.65 mata.

Terjunan Pandelela mengutip 72, 65.25, 73.60, 52.80 dan 68.80 mata sementara Nur Dhabitah mengutip 72, 41.60, 75.90, 64.35 dan 72 mata.

Peserta China di tempat pertama merekodkan 76.50, 76.80, 78.40, 84.15 dan mata akhir 81.60.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...