Ratu Cantik Malaysia Bawa Busana ‘Kuih Muih’ Ke Pentas Miss Universe 2019

Trending

Ratu Cantik Malaysia Bawa Busana ‘Kuih Muih’ Ke Pentas Miss Universe 2019

Selepas busana nasi lemak dan Wonder Woman pada tahun lalu, kini busana Miss Universe Malaysia sekali lagi mencuri tumpuan ramai. Ratu Cantik Malaysia 2019, Shweta Sekhon akan memperagakan busana yang diilhamkan dari kuih muih Malaysia.

Busana dinamakan “A Peranakan Indulgence” ini dihasilkan oleh pereka terkenal tanah air, Carven Ong. Untuk pentas Miss Universe ke 68 ini, Carven telah menggabungkan beberapa pencuci mulut tempatan dengan budaya Melayu, Cina dan Peranakan.

Advertisement

Antara pencuci mulut yang digunakan ialah kuih onde-onde, kuih koci, talam, kuih lapis, sago dan telur merah sebagai aksesori tambahan mengelilingi pakaian itu. 

busana miss universe
Pertandingan Miss Universe akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat pada 8 Disember ini. Shweta akan menggayakan busana seberat 29 kilogram ini yang mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan.

Walaupun busana nasi lemak Miss Universe sebelum ini mendapat kritikan ramai, Carven Ong memilih sajian kuih muih kali ini adalah untuk memartabatkan sajian rakyat Malaysia.

“Saya memilih sajian pemanis mulut sebagai konsep rekaan kerana ia antara hidangan yang lazimnya ada di atas meja setiap kali mengadakan majlis keraian.”

Fabrik songket iaitu material mewah yang sering menjadi pilihan dalam pakaian perkahwinan Melayu digunakan untuk busana ini. Selain itu, batik Nyonya iaitu fabrik kebanggaan wanita Peranakan yang lazimnya dijadikan sarung iaitu kain panjang dan dipakai setiap hari.

Busana Miss Universe Malaysia

Busana kebangsaan antara tarikan utama di setiap pentas Miss Universe. Pada tahun-tahun lalu, busana bertemakan nasi lemak, bangunan menara berkembar KLCC, Wonder Woman dan pelbagai tema unik lain dipilih.

busana miss universe
miss universe
miss universe
Setiap busana yang diperagakan ada keunikan mereka yang tersendiri. Selamat maju jaya diucapkan kepada Shweta Sekhon untuk Miss Universe ke 68!

Artikel berkaitan: Pakaian Kebangsaan Miss Grand 2019 Malaysia 2019 Didakwa Tiru Pakaian Indonesia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...