Ratu Buat Kecoh Lagi, Terpekik Naik Kuda Sampai Pengunjung Resort Keluar Bilik Tengok – “Dah Tau Takut Kenapa Naik?”

Kehidupan

Ratu Buat Kecoh Lagi, Terpekik Naik Kuda Sampai Pengunjung Resort Keluar Bilik Tengok – “Dah Tau Takut Kenapa Naik?”

Sebelum ini, ada sahaja isu serta kontroversi membabitkan namanya dan kali ini sekali lagi Ratu Farah yang dikenali di TikTok itu menjadi bualan netizen.

Jika sebelum ini, dia dikecam kerana mencarut ketika mencuba aktiviti ‘flying fox’, terbaru Ratu dilihat mencuba aktiviti menunggang kuda pula.

Advertisement

2 years ago

"Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa" - Jerit Bab* Puk*mak Lanc*u, Ratu Teruk Dikecam Netizen

Menerusi satu rakaman yang tular berdurasi 27 saat itu, Ratu dilihat menjerit sepanjang aktiviti tersebut kerana dikatakan terlalu takut.

Malah, berdasarkan caption video itu ramai pengunjung di resort berkenaan keluar dari bilik untuk melihat apa yang sedang berlaku selepas mendengar jeritannya.

Menjengah ruangan komen hantaran itu, rata-rata warganet mempersoal mengapa Ratu menunggang kuda tersebut jika tahu dirinya takut dengan aktiviti berkenaan.

Malah ada yang berpendapat suara Ratu menjengkelkan serta nampak seperti dibuat-buat dan mungkin mengganggu pengunjung resort yang lain.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut memerlinya kerana pernah tular gara-gara mencarut ketika melakukan aktiviti flying fox di resort yang sama.

Nasib Latu tak mencarut, kalau idok jenuh menyebut.”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...