Seperti diketahui ramai, gelaran ‘penyondol’ sekarang ini diberikan buat wanita yang mengahwini suami orang lain, sama ada dengan izin isteri pertama ataupun tidak.
Trend tersebut sememangnya membuatkan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berasa bimbang dan tidak gemar wanita lain digelar sebagai ‘penyondol’.
Ustaz Kazim menegur segelintir netizen yang mengelarkan seseorang sebagai ‘penyondol’ sedangkan di sisi syarak, keadaan tersebut dibenarkan.
View this post on Instagram
Baginda Rasullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan?
Bahkan pendakwah itu berasa bimbang melihat trend tersebut semakin berleluasa di laman media sosial, lagi-lagi dalam kalangan wanita yang terbawa dengan emosi sekali gus melabel wanita mengahwini suami orang sebagai ‘penyondol’.
Menurutnya, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa berkahwin lebih daripada satu adalah salah di sisi Islam, sedangkan tidak begitu.
Kata Ustaz Azhar lagi, dia meminta agar orang awam lebih berhati-hati apabila memberi gelaran khususnya tentang perkara yang sudah dibenarkan di sisi agama Islam iaitu berpoligami.