“Rasul Melayu” Bertaubat, Mohon Pengikut Kembali Ke Ajaran Islam Sebenar

Trending

“Rasul Melayu” Bertaubat, Mohon Pengikut Kembali Ke Ajaran Islam Sebenar

1

Hidayah itu milik Allah, bekas pemimpin ajaran sesat Abdul Kahar Ahmad yang mengaku dirinya sebagai rasul Melayu akhirnya telah melafazkan taubat dan menyatakan keinsafan, lapor Malaysiakini.
Beliau melafazkan taubatnya itu di dalam Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di mana  Kahar memohon ampun kepada Allah atas kedustaannya dan berdoa semoga dia terus beristiqamah.

“Pada hari yang penuh keberkatan ini, hamba-Mu ini memohon dan menagih keampunan-Mu ya Allah atas kedustaan yang dilakukan oleh diri ini terhadap Islam dan juga kedustaan ke atas kekasihmu, Nabi Muhammad SAW, penutup segala nabi dan rasul,” katanya.

Advertisement

Abdul Kahar sebelum ini telah disabitkan bersalah atas lima pertuduhan bawah Enakmen Jenayah Syariah Selangor iaitu mendakwa sebagai rasul, terlibat dalam doktrin bertentangan syarak, melanggar arahan mufti, mempersenda Islam.

Mahkamah Tinggi Syariah telah memerintahkan supaya Kahar mengikuti program pemulihan akidah (istitatabah) selama enam bulan terakhir sebelum hukuman pemenjaraan tamat.

Kahar dalam pada itu turut memohon maaf kepada sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri dan seluruh umat Islam dan beliau menyeru pengikutnya supaya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam sebenar selain berharap media tidak merujuknya lagi dengan istilah ‘Rasul Melayu’.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...