[RASMI] vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia. Ancora Red Jadi Taruhan

Teknologi

[RASMI] vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia. Ancora Red Jadi Taruhan

Bukan lagi teka-teki, vivo V50 bakal memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi. Ini susulan update terkini di laman sesawang vivo Malaysia yang memaparkan model vivo V50 dengan warna eksklusif Ancora Red.

Jika anda ada mengikuti sosial media kami, anda pasti tahu yang baru-baru ini team Beautifulnara telah diterbangkan ke Bangkok bagi menjadi antara yang terawal menggunakan model vivo V50 ini.

Advertisement

Warna Ancora Red Yang Menawan

vivo V50

Bagi kami tidak semua model telefon pintar mampu ‘membawa’ warna Ancora Red ni. Tapi tidak vivo V50, kemasan merah pada bahagian badan telefon membuatkannya kelihatan mewah.

satin black vivo

mist purple
Selain Ancora Red, vivo V50 turut menawarkan warna Mist Purple yang romantik dan Satin Black yang berkarisma.

Reka bentuk kamera yang mendapat sentuhan teknologi rakaman gambar ZEISS juga memberi aura profesional minimalis.

Setakat ini masih tiada info mengenai pelancaran rasmi vivo V50 di Malaysia. Nantikan pengumannya di media sosial vivo atau laman sesawang, vivo Malaysia. .

Sementara itu, stay tune bersama Beautifulnara bagi melihat, hasil bidikan gambar dari lensa vivo v50.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...