RASMI : Kafa Sah kan Pasukan Kelantan Ditaja Oleh Datuk Seri Vida. Tahniah!

Trending

RASMI : Kafa Sah kan Pasukan Kelantan Ditaja Oleh Datuk Seri Vida. Tahniah!

71452258200_KelantanFAPink

Sebelum ini kami melaporkan bahawa Datuk Seri Vida telah menetapkan 2 syarat utama jika hendak menaja pasukan The Red Warrior dan sekarang ianya telah menjadi kenyataan.

Advertisement

Memetik laporan astro awani, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa telah mengesahkan The Red Warriors menerima dua syarat Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida untuk memberi tajaan kepada pasukan Kelantan.

kelantan

Tajaan tersebut bernilai lebih daripada RM16 juta, lapor Harian Metro.

Selain daripada itu, KAFA turut bersetuju melantik Datuk Seri Vida sebagai Penasihat Kehormat pasukan Kelantan.

“KAFA lantik Datuk Seri Vida sebagai penasihat kehormat KAFA dan pasukan. Beliau mempunyai idea yang sangat baik dan akan dapat mencampuri urusan dan kaedah tata kelola pasukan Kelantan,” katanya selepas bermesyuarat dengan usahawan itu hari ini.

Sementara itu, Datuk Seri Vida berkata, beliau turut  berasa gembira kerana KAFA sudi bersetuju dengan 33 lagi syarat tambahan yang dikemukakannya dalam mesyuarat tersebut.

“Dua syarat utama yang saya berikan sebelum ini bukan sekadar gimik dan mencari publisiti kerana saya mahu bawa satu anjakan dalam bola sepak Kelantan dan Malaysia,” katanya.

Satu majlis menandatangani perjanjian dan sidang media berkenaan kerjasama ini akan diadakan pada 15 Januari akan datang di Kuala Lumpur.

Pada pendapat admin, ini merupakan salah satu langkah positif dalam pembaharuan pasukan Kelantan. Tahniah!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...