RASMI : DSV Perkenal 4 Jersi Rasmi Pasukan PQPTRW, Kekal Warna Merah Jambu

Trending

RASMI : DSV Perkenal 4 Jersi Rasmi Pasukan PQPTRW, Kekal Warna Merah Jambu

kkk

Pasukan bola sepak Kelantan yang kini dikenali dengan nama Pamoga Qu Puteh The Red Warriors(PQPTRW) telah pun memperkenalkan jersi rasmi pasukan mereka kepada khalayak ramai sebentar tadi.

Advertisement

Majlis perlancaran jersi ini yang diadakan di Kelantan Trade Cantre itu turut memperkenalkan jersi terbaru mereka yang dilihat mengekalkan warna merah selain warna merah jambu yang diminta oleh Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida.

Majlis itu yang diadakan Majlis Pelancaran Jersi Pamoga Qu Puteh The Red Warriors yang diadakan kira-kira pada jam 2 petang tadi telah memperkenalkan lima jersi rasmi jenama DSV yang bakal digunakan pada musim 2016.

Jersi berkenaan seperti yang dilaporkan sebelum ini direka khas dengan ciri-ciri kesihatan dan digayakan oleh Datuk Seri Vida sendiri di depan penyokong dalam majlis di Kelantan Trade Centre, Kota Bharu sebentar tadi.

Rekaan jersi tersebut termasuk edisi penjaga gol melalui ‘Supra Player’, Millenia dan Mantera.

Penaja utama untuk pasukan PQPTRW kali ini ialah Vida Beauty, Pamoga Qu Puteh, Millenia dan Chengal Jati.

kkkkkkk

kkkkkkkk

kkkkkk

kk

k

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...