Written by Bella | March 21st, 2019

Ketika berita perceraiannya dengan bekas isteri, Vanidah Imran hangat diperkatakan sejak malam tadi, tersebar pula khabar angin Rashidi Ishak sedang menjalin hubungan dengan wanita yang juga finalis Dewi Remaja 2014/2015, Fify Azmi.

Bagaimanapun, Rashidi menafikan Fify adalah punca mahligai yang dibina bersama Vanidah sejak 17 tahun lalu runtuh. Aktor itu menjelaskan wanita itu hanya sekadar model untuk video iklan produk wangi keluarannya.

Ramai yang serang dia di Instagram dan saya minta maaf kepadanya kerana terkait dengan perkara ini. Dia dulu pekerja saya ketika saya menjadi Ketua Pegawai Eksekutif sebuah stesen radio dan saya ambil dia menjadi model produk iklan minyak wangi keluaran saya. Memandangkan untuk mengambil artis popular agak mahal, jadi saya tawarkan dia untuk berlakon dalam iklan tersebut.

Rashidi akui bukan mudah untuk beliau melalui episod perpisahan itu dan mengambil masa beberapa bulan untuk merawat luka di hati.

Secara jujurnya saya melalui episod duka yang sangat menyakitkan kira-kira tiga hingga empat bulan sehingga dapat menyesuaikannya. Siapa yang tidak sayang 17 tahun perkahwinan, masa bercerai pun saya beritahu dia saya akan terus menyayanginya sehingga nafas terakhir walaupun sudah tidak bersama.

Pada masa yang sama, Rashidi juga mengakui beliau tidak akan pernah menutup pintu hatinya untuk bekas isterinya itu.

Sumber Berita : mStar Online

21 responses to Rashidi Ishak Nafi Bercinta Dengan Finalis Dewi Remaja Fify Azmi

  1. esah jendul says:

    punya la filter gmbr no 2 sampai kedut pun hilang

  2. ni pasal duit rasaya

  3. Gaya Gaya says:

    Ya rasa cam vee yg mohon cerai, fikir sendiri dgn anak2 yg dh besar mesti ada kes yg mematahkn hati vee.
    Senyuman vee mmg sgt2 manis…sejuk mata memandangkan.

  4. unknown says:

    we will see.. menyampah ak dengan laki gini..