Selepas beberapa tahun hidup sendirian tanpa kehadiran seorang lelaki, Rita Rudaini berkata beliau tidak menolak jika bertemu dengan jodoh yang sesuai buat dirinya satu hari nanti.
Walaubagaimanapun, Rita sedar buat masa ini belum ada mana-mana lelaki yang berani untuk mendekati dirinya.
Buat masa ini saya memang tidak mahu kahwin tapi jika suatu hari nanti Allah beri orang yang baik saya terima.
Cuma sekarang ini saya rasa tiada lelaki yang berani dekat dengan saya kerana mungkin mereka takut saya heret mereka ke mahkamah.
Namun, Rita ada berkongsi satu cerita dimana beliau pernah rapat dengan seorang lelaki sebelum ini tetapi lelaki berkenaan sudah meninggal dunia pada bulan April lepas kerana menghidapi penyakit kronik.
Menyifatkan lelaki itu sebagai insan yang benar-benar memahami dirinya, hubungan Rita dan lelaki itu cuma di alam maya sahaja dan mereka tidak berkesempatan untuk berjumpa.
Hubungan kami hanya di alam maya sahaja tapi saya akui dia lelaki paling memahami dan selesa untuk berkongsi perasaan. Â Dia meninggal dunia pada April lalu, kami belum pun sempat bertemu kerana dia tinggal di luar negara.
Dia baik dan kami sering berhubung, malah dia ada meluahkan perasaannya yang sukakan saya. Tetapi saya sejak awal beritahu bahawa saya tidak mahu berkahwin.
Bukan lelaki takut untuk dekat, tetapi mungkin belum lagi jodoh Rita Rudaini untuk bertemu dengan lelaki yang benar-benar sayangkan beliau dan anak-anak.