Melalui Instagram pelakon dan penyanyi jelita, Amira Othman, kelihatan dia memuat naik video iklan bersama ibu aktor, Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani.
Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, kelihatan ibu Fattah dan Amira kelihatan akrab dan aktres tersebut sama sekali tidak kekok untuk memanggil Azizah dengan gelaran ‘ibu’.
Teman sekerja pinjam sekejap ye ibu awak @fattahaminz.
View this post on Instagram
Susulan video tersebut dimuat naik di Instagram, rata-rata netizen menyifatkan ia merupakan ‘hint’ bahawa kedua-dua pelakon tersebut mempunyai hubungan istimewa, di mana besar kemungkinan akan membawa ke fasa seterusnya (kahwin).
Sebelum ini, keakraban ibu Fattah dan Amira di majlis ilmu ataupun acara keluarga sering menjadi perhatian ramai.