“Rasanya Memang Enak, Tapi..” – ‘Youtuber’ Dedah Kilang Tauhu Di Indonesia Guna Sampah Plastik Sebagai Bahan Bakar

Kehidupan

“Rasanya Memang Enak, Tapi..” – ‘Youtuber’ Dedah Kilang Tauhu Di Indonesia Guna Sampah Plastik Sebagai Bahan Bakar

Baru-baru ini, seorang Youtuber iaitu Andrew Fraser telah mendedahkan proses pembuatan tauhu goreng di sebuah kilang di Indonesia yang menggunakan sampah plastik sebagai bahan bakar secara langsung.

Menerusi video yang dimuat naik di Youtube, pada awalnya dia ingin menunjukkan keadaan persekitaran tempat pembuatan tauhu yang tidak kondusif secara keseluruhannya.

Advertisement

Dapat dilihat, kawasan tersebut terdedah kepada habuk kerana bangunan dengan rekaan yang terbuka, ditambah pula dengan penggunaan perkakasan serta peralatan masakan yang tidak mematuhi gred dalam kulinari.

Mereka juga dilihat menggunakan bahagian penutup kipas sebagai senduk untuk menggoreng tauhu tersebut yang mana secara pratikalnya ia tidak bersesuaian kerana bahan cat yang digunakan dikhuatiri mempunyai bahan kimia yang merbahaya.

Andrew turut mendedahkan sampah sarap seperti plastik atau tayar yang tidak boleh dikitar semula telah digunakan sebagai bahan pembakar lalu dimasukkan di dalam minyak yang mendidih itu.

Malah, para pekerja juga dilihat tidak memakai pakaian yang bersesuaian sewaktu proses penghasilan tauhu itu.

Walaupun hasilnya dikatakan sedap, namun cara pembuatannya boleh membawa kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang memakannya.

Rasanya memang enak, tapi jika tahu digoreng di atas api plastik secara langsung tanpa proses penyaringan, besar kemungkinan kontaminasi akan terjadi.

 

Skala masalah ini memang mengejutkan saya, mungkin dalam 30 kilang telah saya lawati masih ada yang menggunakan kayu sebagai bahan bakar tetapi itu adalah sesuatu yang jarang dapat ditemui.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga Indonesia mengatakan mereka tidak tahu bahawa tauhu itu digoreng sebegitu dan mereka mengucapkan terima kasih kerana telah memberi pendedahan bahawa makanan tersebut boleh memudaratkan tubuh badan mereka ekoran cara penghasilannya.

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

1 week ago

9 Produk Sijil Halal Indonesia Dikesan Ada DNA Babi, JAKIM Arah Tarik Semula

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : YouTube

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...