Kenyataan dikeluarkan oleh usahawan Jofliam baru-baru ini mencetuskan pelbagai kritikan dan cemuhan orang ramai di media sosial selepas dia berkata budak-budak zaman sekrang tidak beradab.
Sekarang budak-budak tak ada adab, sebab tu lah saya hantar international school.
Kata-kata Jofliam telah membuatkan ramai netizen mempersoalkan jika Jofliam secara tidak langsung mengatakan mereka yang berlajar di sekolah harian biasa tidak mempunyai adab.
Seorang individu dilihat memberi teguran ‘pedas’ buat Jofliam berhubung kenyataan tersebut dan berkata adab seseorang itu bermula dari rumah.
Kata individu itu, tidak kiralah anak dihantar ke sekolah biasa atau sekolah pondok sekali pun, ia sudah tentulah atas satu tujuan yang sama iaitu menuntut ilmu.
Pernah dengar tak, adab itu bermula dari rumah. Rumah adalah tempat di mana kita as ibu bapa membentuk akhlak & moral melalui contoh dan didikan. Jadi saya rasa awak yang kena ada adab dulu.
View on Threads
Hantaran tersebut meraih perhatian ramai yang menyokong kata-kata individu berkenaan dan tak kurang juga yang menyindir Jofliam tentang tingkah lakunya.
Secara tidak langsung, dia nak kata diri dia yang datang dari sekolah biasa dan menerangkan tentang sikap dan perangainya.