Kalau melancong ke Vietnam, mesti ramai yang lebih ‘familiar’ dengan Hanoi atau Ho Chi Minh kan? Tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik di Vietnam ni antaranya ialah Danang. Untuk pengetahuan anda, Danang adalah kota keempat terbesar di Vietnam!
Selain tu, kota ini juga ada tiga lokasi bersejarah yang diiktiraf oleh UNESCO – Hoi An Ancient Town, Complex of Hue Monument dan My Son Sanctuary yang masih dikekalkan untuk tarikan pelancong yang wujud sejak kerajaan Champa lagi!
Di sebalik lokasi-lokasi bersejarah ini, Danang juga menawarkan tarikannya yang tersendiri dengan lokasi moden seperti Golden Bridge yang menjadi simbolik di Ba Na Hills. Bukan biasa-biasa Danang ni. Nak tahu apa lagi yang best dekat sana?
Danang
Sebelum kita melihat lokasi-lokasi menarik yang ada di Danang ni, apa kata kita kenal dulu serba sedikit tentang kota ini. Kalau anda nak tahu, Danang pernah menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat semasa Perang Vietnam. Terletak di antara bandar Hanoi dan Ho Chi Minh, Danang menjadi tumpuan pelancong yang ingin melawat lokasi bersejarah di Vietnam dengan peninggalan tapak warisan dunia yang masih dipelihara sehingga kini. Danang mempunyai pelbagai lokasi bersejarah peninggalan zaman dahulu sehingga ada antaranya mendapat pengiktirafan dari UNESCO!
Hoi An Ancient Town: Kembali ke Abad 16
Bandar bersejarah Hoi An yang terletak di wilayah Quang Nam ini pernah menjadi tempat perdagangan terbesar Asia Tenggara pada abad ke 16 dan 17.
Bandar ini umpama muzium hidup kerana masih lagi menempatkan seni bina dan warisan lama. Antara bangunan warisan yang terkenal ialah kuil-kuil Cina, jambatan yang direka khas Jepun, rumah kolonial Perancis dan banyak lagi.
Hoi An masih lagi mengekalkan dan memelihara warisan turun temurun ini sehingga diisytiharkan sebagai tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1999. Rata-rata pelancong memberitahu mereka seakan melalui ‘terowong masa’ di Hoi An kerana segalanya masih dikekalkan sama seperti zaman dahulu!
Untuk anda yang sukakan suasana romantik dan penuh nostalgia, sangat disarankan untuk datang pada waktu malam kerana seluruh bandar Hoi An akan diterangi dengan tanglung hiasan lama. Memang sesuai sangat kalau nak berjalan-jalan dengan pasangan!
Sejarah Dinasti Nguyen di Kompleks Monumen Hue
Mula ditubuhkan pada tahun 1802 semasa Dinasti Nguyen, bukan saja untuk tujuan politik tetapi ianya juga menjadi pusat kebudayaan dan keagamaan sehingga tahun 1945.
Kompleks ini mempunyai beratus monument antaranya Forbidden Purple City, yang merupakan salah satu kediaman keluarga diraja yang musnah semasa perang Vietnam.
Seperti mana Hoi An, kompleks ini juga masih mengekalkan seni bina dahulu bersesuaian dengan syarat UNESCO yang meminta mereka tidak mengubah segala karya asal yang dibuat. Pada tahun 1993, UNESCO mengiktiraf Kompleks Monumen Hue sebagai warisan budaya dunia menjadikannya tapak pertama di Vietnam diiktiraf UNESCO pada waktu itu.
My son sanctuary: Peninggalan kerajaan Champa
Turut diiktiraf sebagai tapak Warisan Dunia oleh UNESCO, My Son Sanctuary antara peninggalan penting dari Kerajaan Champa yang terletak di bahagian selatan di Vietnam. Bangunan runtuh bertemakan Hindu ini memaparkan ukiran batu yang indah, kuil dan Menara di persekitaran hutan tropika.
Bangunan yang hampir separuh daripadanya telah runtuh ini merupakan kuil Hindu yang dibina dan digunakan pada abad ke 4 hingga 13. Untuk yang berminat dengan seni bina dan sejarah kerajaan Champa, sangat disarankan untuk melawat My Son Sanctuary semasa percutian anda di Danang. Bila lagi anda nak dapat peluang saksikan peninggalan sejarah Champa kan?
Aktiviti menarik di Danang
Selain daripada lokasi bersejarah, Danang juga menawarkan pelbagai pengalaman melancong menarik buat pelancong terutamanya yang gemarkan sesuatu yang moden seperti aktiviti yang hanya boleh didapati di Danang ini, Pesta Bunga Api Antarabangsa Danang. Bukan itu saja, anda juga wajib singgah di lokasi ikonik di Danang seperti Golden Bridge dan Dragon Bridge.
Danang International Fireworks Festival
Festival bunga api di Danang merupakan antara festival terbesar yang pernah dianjurkan di dunia dengan penyertaan dari 8 pasukan bertaraf dunia dari Itali, Russia, Brazil, Belgium, Finland, China, United Kingdom dan Vietnam.
Pada tahun ini, festival bertemakan ‘Stories by the Rivers’ akan dijalankan di antara 1 Jun hingga 6 Julai 2020. Untuk yang berminat nak tengok sendiri pertunjukan bunga api ini, boleh lah berkunjung ke Han River di Danang untuk saksikan sendiri.
Dragon bridge
Jambatan sepanjang 666 meter dengan keluasan 37.5 meter dan mempunyai enam lorong untuk trafik dibuka secara rasmi pada tahun 2013. Kalau anda nak tahu, jambatan yang cukup ikonik di Han River, Danang ini menelan belanja sebanyak $88 juta! Pastinya tak lengkap percutian anda ke Danang kalau anda tak melawat dan melihat sendiri jambatan ni kan?
Love lock bridge
Danang juga cukup sesuai kalau anda nak jadikan sebagai lokasi percutian bulan madu anda. Sebabnya ada banyak lokasi yang romantis untuk anda luangkan masa bersama pasangan antaranya di jambatan Love Lock ini. Jambatan yang dikenali sebagai Love Lock Bridge ini adalah tempat terbaik untuk anda bersiar-siar terutamanya pada waktu malam. Diinspirasikan dari jambatan padlock terkenal dunia iaitu Pond des Arts di Paris, Hohenzollern di Jerman dan Milvio di Ilati. Jangan lupa tinggalkan padlock cinta anda di jambatan romantis ini sebagai kenangan!
Ba Na Hills
Ada pelbagai aktiviti yang anda boleh cuba di lokasi terhangat di Danang ini iaitu Ba Na Hills. Memang tak lengkap percutian anda kalau anda tak menaiki cable car dan lawati perkampungan Perancis di Ba Na Hills ini.
Anda berpeluang untuk sampai ke puncak gunung dengan menaiki cable car dan melihat sendiri French Village di atas sana!
Ada banyak tempat-tempat yang menarik di Ba Na Hills ni yang sangat ‘Insta worthy’, jadi boleh lah anda merakamkan percutian anda bersama keluarga atau rakan-rakan. Highlight untuk percutian di Ba Na Hills sudah tentunya, Golden Bridge! Sejak dibuka pada tahun 2018, Golden Bridge menjadi antara tarikan utama kemasukan pelancong ke Danang.
Marble mountain
Mengikut cerita dongeng masyarakat tempatan, pada zaman dahulu seekor naga muncul dari air di Pantai Non Nuoc dan meletakkan telur sebelum ianya menetas selepas seribu hari. Selepas itu, keluarlah gadis cantik dan serpihan kulit telur yang ditinggalkan di pantai akhirnya menjadi lima Marble Mountain.
Bagi yang sukakan aktiviti ‘hiking’ dan memanjat gunung, Marble Mountain adalah tempat yang sesuai dalam kalangan pelancong. Gua-gua di pergunungan ini memegang banyak rahsia termasuklah lubang peluru ketika yang digunakan oleh tentera untuk mengintip askar-askar Amerika Syarikat satu masa dulu.
My Khe Beach
Dianggap sebagai pantai yang paling indah di Vietnam, pantai dikenali sebagai My Khe Beach ini dinamakan oleh tentera Amerika yang melawat semasa Perang Vietnam dahulu.
Pernah dinobatkan sebagai ‘World’s Most Luxurious Beaches’ oleh majalah Forbes, kecantikan pantai ini menjadi perhatian ramai terutamanya dalam kalangan ‘backpackers’ dari seluruh dunia.
Tam Thanh mural village
Sebelum ini, perkampungan Tam Thanh di Danang ini hanyalah sebuah perkampungan yang biasa. Tetapi pada tahun 2016, kampung ini telah terpilih untuk projek ‘Art For A Better Community’ yang dianjurkan antara kerjasama Korea-Vietnam. Melalui projek itu, kampung ini mendapat sentuhan mural yang seterusnya mengubah persepsi ramai tentang perkampungan ini. Kini, perkampungan Tam Thanh dipenuhi oleh lukisan mural yang juga menjadi salah satu tarikan kepada bidang pelancongan.
Terbang ke Danang dengan Air Asia!
Sekarang ini anda tak perlu tunggu lagi kerana anda boleh terbang terus ke Danang dari Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia! Yang penting, harga berbaloi-baloi kerana untuk ahli BIG, tambang all-in bermula pada RM99 sahaja! Anda boleh tempah sekarang sehingga 29 Febuari ini untuk nikmati pernerbangan sehingga 30 Jun 2020.
Ini lah masanya untuk anda rasai sendiri pengalaman bercuti di Danang dan kembali semula ke masa silam bersama rakan-rakan dan keluarga. Jangan lupa tempah segera penerbangan anda dengan AirAsia dan untuk dapatkan maklumat tentang promosi lain AirAsia anda boleh layari airasia.com atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi AirAsia.