Rasai Pengalaman Makan Di Restoran ‘Underwater’ Terbesar Tidak Lama Lagi

Travel

Rasai Pengalaman Makan Di Restoran ‘Underwater’ Terbesar Tidak Lama Lagi

Mungkin anda pernah terfikir bagaimana rasanya menikmati makanan yang lazat sambil melihat hidupan bawah laut secara live?

Advertisement

Jangan risau, tidak lama lagi anda mungkin akan mendapat jawapan untuk soalan itu kerana sebuah restoran dasar laut sedang dibina di Norway dan merupakan restoran bawah laut yang pertama serta terbesar di Eropah.

Terletak lima meter di bawah permukaan Laut Utara, iaitu berhampiran hujung selatan Norway, restoran ini sedang giat dibina dan yang paling seronoknya pembinaan itu hampir selesai.

Struktur bangunan sepanjang 110 kaki dengan reka bentuk serong yang kelihatan seperti periscope yang tenggelam, mula dibina pada bulan Julai 2018 dan kini mereka sedang menyiapkan bahagian dalam restoran tersebut.

Restoran ini dijangka akan dibuka dan dirasmikan untuk orang awam pada musim bunga 2019 iaitu antara bulan Mac hingga Jun tahun hadapan.

Restoran yang dinamakan Under ini merupakan idea dan rekaan daripada salah satu syarikat arkitek terkenal dunia, Snøhetta, yang telah menempah nama dengan projek-projek seperti Bibliotheca Alexandrina di Mesir, Opera House Oslo, National Memorial Pavilion 11 September dan pengubahsuaian Times Square di New York.

Dalam bahasa Norway, ‘Under’ membawa dua maksud yang berbeza iaitu ‘di bawah’ dan juga ‘keajaiban’. Sesuai dengan maksudnya, restoran yang separuh tenggelam ini boleh memuatkan seramai 100 orang pengunjung dalam satu masa dengan keluasan sebesar kira-kira 500 meter persegi dan merupakan bangunan tiga tingkat.

Pengunjung akan disajikan dengan pemandangan bawah laut yang menarik melalui tingkap panorama yang direka khas seperti akuarium gergasi bersaiz 36 kaki.

Anda sudah boleh kumpul duit mulai sekarang untuk terbang ke Norway dan rasai sendiri pengalaman unik ini.

Sumber: CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...