May 9th, 2020

Penyanyi Stacy, menceritakan pengalaman pertama kali berpuasa setelah melihat rakannya melakukan ibadah itu di bulan Ramadan ketika menyertai Akadem Fantasia 6 (AF6) dahulu.

stacy

Menurut sumber Harian Metro, beliau yang ketika itu baru berusia 19 tahun akui bukan mudah untuk berpuasa seperti yang disangka.

“Melihat kesabaran mereka berpuasa dalam keadaan gembira, seronok dan tenang, buat saya rasa terpanggil nak cuba berpuasa. Saya nak belajar dan lalui pengalamannya.

“Jujur diakui, apabila berpuasa buat pertama kalinya sangat menyukarkan saya. Ia tak mudah macam saya fikir dan lihat rakan-rakan AF6 lain melakukannya.

“Ketika berpuasa itu, masalah utama saya ialah air. Saya sangat dahaga dan rasa terseksa apabila tak dapat minum air. Apatah lagi, saya pula memang terbiasa minum air banyak,” katanya.

stacy

Kata Stacy, rakan-rakannya tetap memberi semangat biarpun perkara tersebut menjadi satu cabaran besar buat dirinya untuk terus bertahan sehingga waktu berbuka.

“Apabila berbuka, sudah tentulah air yang saya dapatkan dahulu. Terasa tekak kembali segar dan bernyawa semula selepas dapat minum air sepuasnya.

“Melalui pengalaman itu, saya belajar yang orang berpuasa harus bersabar, memiliki ketahanan fizikal dan mental yang kuat dan niat kena ikhlas.

“Saya pula ketika itu, niat nak belajar puasa sekadar suka-suka dan mencabar diri. Jika rakan- rakan AF6 yang lain boleh buat, kenapa tidak saya kerana berasakan puasa itu mudah,” tambahnya lagi.

stacy

Dalam pada itu, Stacy yang telah memeluk islam hampir lima tahun lalu sejak Ogos 2015 kini sudah tiada masalah berpuasa penuh ketika Ramadan.

Ujar isteri kepada penyanyi Akim Ahmad ini, apabila berkeluarga dan memiliki anak beliau perlu memberi contoh yang baik termasuk sentiasa motivasi diri, malah turut melatih anaknya untuk berpuasa sepanjang bulan mulia ini.

Sumber: Harian Metro


5 responses to ““Rasa Terpanggil Lihat Rakan Berpuasa,” – Stacy”

  1. Anonymous says:

    Awak dah baca ke ni? Stacy tu cuma bercerita pengalaman dia berpuasa. katanya dia try puasa nak ikut2 try kawan2 AF6 dlu..dia bukan baru nak try puasa..alahaii

  2. Anonymous says:

    Baca habis ke tak article ni?

  3. tolong la baca says:

    Tak baca habis ke

  4. Kosrplepaskex says:

    Kawan betudung x rasa terpanggil ke? Tanye je.. stacy klu betudung confirm comel..

  5. minah jambu say STAY AT HOME !! says:

    dh brapa taon kawin ngan akim skarang baru nak try berpuasa? okok takpa stacy try ye nanti pelan2 nanti stacy dh boleh puasa..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...