Selepas sambutan hangat menu KFC Spicy Salted Egg Chick & Go Oktober lalu, KFC memperkenalkan satu lagi menu berasaskan telur asin (salted edd) iaitu KFC Golden Egg Burger. Wow!
Kami ingat lagi beberapa tahun lepas KFC pernah mengeluarkan menu ayam goreng salted egg , masa ni ramai gila orang sanggup tunggu untuk merasai sendiri keenakannya.
Macam mana pula dengan KFC Golden Egg Burger ni? Adakah rasanya mampu memuaskan hati peminat salted egg di Malaysia?
Gabungan rasa rempah dan salted egg yang padu
Rasa salted egg ni memang tak boleh bawa main, mana ada menu yang viral di situ ada peminatnya. Kali ini bagi memuaskan selera rakyat Malaysia yang gemarkan Golden Egg KFC, rasa ini dipadankan bersama burger Zinger kegemaran ramai yang pastinya membuatkan anda tak boleh tolak.
Gabungan rempah ratus dan rasa telur asin istimewa bersama Zinger rangup yang disaluti sos telur asin berserta mayo, dan diapit pula dengan roti bijan yang lembut. Memang legitlah rasa dia, bila masuk mulut tu terasa padu keenakan rempah dengan salted eggnya. Ngamlah orang cakap!
Dengan rasa yang memukau selera, disempurnakan dengan mayonis Golden Egg yang sedap hingga menjilat jari. Sambutan tahun baru pastinya lebih syok bila korang layan dengan burger emas ni!
Setiap saat jadi saat keemasan dengan KFC Golden Egg Burger
Sambil tulis, teringat balik kenakkan burger ni, jadi Beautifulnara nak pergi KFC kejap, order KFC Golden Egg Burger ni. Bagi anda peminat salted egg atau teringin nak rasa burger baru ni, cepat-cepatlah ke KFC berdekatan.
KFC Golden Egg Burger ni hanya ada untuk waktu yang terhad je tau, kalau lambat melepaslah pula.
Tak sempat nak pergi KFC? Anda boleh dapatkannya secara penghantaran melalui KFC Delivery dan Self Collect menerusi aplikasi KFC.
Takde aplikasi KFC lagi? Muat turun sekarang di Google Play dan App Store untuk menikmati lebih banyak promosi dan tidak terlepas tawaran istimewa.
Jom serbu KFC untuk keenakan rasa salted egg yang tiada tandingan. Maklumat lanjut layari www.KFC.com.my.