Amboi, amboi, amboi. Tersenyum kambing Abang Nara membaca kata-kata Mia Ahmad. Memang pengantin baru sangat-sangat segala ayatnya. Baru sahaja diijabkabulkan dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd. Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari lalu, Mia Ahmad mengakui dia masih menyesuaikan diri sebagai isteri dan kadang-kadang terlupa status ‘halal’ yang telah dimilikinya.
Abang Nara sebagai seorang lelaki masa baru-baru kahwin dulu rasa seronok apabila hanya “berdua” di rumah. Mia Ahmad ini pula rasa takut. Hehehe. Mungkin itulah perasaan seorang wanita yang baru bergelar isteri. Yang lelaki ini memang rasa teruja je sepanjang masa. Gesel bahu pun tak boleh. Kata Mia Ahmad:-
Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami.
Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa.
Comel sungguh kan? Insya Allah lama-lama hilanglah perasaan takut tue. Biasalah awal-awal kahwin ini. Memang kekok dan macam-macam jenis perasaan akan sering menerpa. Semoga Mia Ahmad dan suami akan terus berbahagia di samping diri masing-masing. Sama-sama kita doakan. Amin. Sumber Kosmo.