“Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah” – Bekas Suami Nora Danish

Hiburan

“Rasa Tak Puas Hati? Boleh Bawa Ke Mahkamah” – Bekas Suami Nora Danish

Bekas suami pelakon Nora Danish, Nedim Nazri Aziz atau lebih dikenali sebagai BossNed, mencetuskan perhatian netizen selepas beberapa hantaran di Threads yang memaparkan kegeraman dan amaran tegasnya terhadap individu yang didakwa mengenepikan anaknya.

Dalam hantaran berbaur emosional itu, BossNed menegaskan bahawa beliau tidak akan bertolak ansur dengan sesiapa yang cuba mengganggu atau mempermainkan anaknya, malah menyifatkan sanggup berdepan apa sahaja demi perlindungan anaknya.

Advertisement

Jangan main (tentang) dengan anak saya, kalau mainkan dia, saya bantai sampai kurus.

Beliau menjelaskan bahawa walaupun sedia memendam kata-kata negatif yang dilontarkan orang ramai terhadap dirinya, anaknya adalah perkara yang tidak boleh disentuh.

Saya tak akan ‘bantai’ kalau saya rasa anak tak diketepikan. Kalau nak cuba marilah hantar ke sini, kita lawan. Anak saya adalah segala-segalanya.

BossNed turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan imej seseorang secara melampau dan mengingatkan bahawa sebarang ketidakpuasan boleh dirujuk melalui saluran undang-undang.

Kalau rasa tidak berpuas hati, boleh bawa ke mahkamah, banyak perkara yang saya ingin katakan.

Dalam hantaran lain, BossNed menempelak seorang individu dipercayai wanita bertudung dengan memanggilnya penipu, sambil memberi teguran mengenai keikhlasan perubahan agama.

Bossned

Jangan percaya kalau orang pakai tudung, bukan semua ya! Memang penipu. … Berubah dengan niat yang betul! Jangan guna agama.

Beliau juga berkongsi bahawa anaknya kini berada di bawah jagaan dan dalam keadaan selamat, namun tidak menyebut nama atau memberi petunjuk jelas tentang identiti individu yang menjadi sasaran komen-komen tersebut.

Isu ini mendapat pelbagai reaksi warganet — ada yang menyokong pendiriannya sebagai tindakan melindungi anak, manakala ada juga yang mengingatkan supaya segala tindakan dan dakwaan diselesaikan melalui saluran yang betul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-10-29 14:04:25

"Yang Nak Sangat Suami Saya Kenapa?" - Anzalna 'Sound' Wanita Cuba Jadi 'Penyondol' Dalam Rumah Tangganya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...