Selepas membuat kemunculan di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023 (ABPBH35) minggu lalu, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza telah mendendangkan lagu terbarunya berjudul Romansa Kita dari album SITISM.
Bagaimanapun, kebanyakkan peminat mula mempersoalkan vokal Siti Nurhaliza yang didakwa sudah tidak enak untuk didengari seperti dulu.
Menjawab persoalan netizen mengenai vokal penyanyi itu, pengurus TokTi iaitu Rozi Abdul Razak berkata suaranya akan mengambil masa untuk kembali seperti sedia kala.
Situasi seperti ini bukan saja Datuk Siti alami, malah artis-artis internasional serta dalam negara turut alami dan tak makan setahun untuk baik.
Dalam pada itu, Rozi enggan mendedahkan secara terperinci masalah yang dihadapi TokTi dan mendedahkan pelantun lagu Biarlah Rahsia itu sendiri mahu mendendangkan lagu mengikut kemampuan tanpa dipaksa.
Tambahannya lagi, doktor turut memberi pesanan kepada Rozi untuk menjaga jadual rutin harian TokTi agar tidak terlalu sibuk hingga tiada masa untuk berehat.