Rasa Sukar Cari Parking Di “Airport” ?, Ikut Cara Ini Untuk Dapatkan Ruang Parking Dengan Mudah

Trending

Rasa Sukar Cari Parking Di “Airport” ?, Ikut Cara Ini Untuk Dapatkan Ruang Parking Dengan Mudah

Bila pergi ke lapangan terbang samaada untuk menghantar kenalan atau saudara pergi travel, pasti masalah parking seringkali terjadi kerana bukan senang nak dapatkan ruangan letak kereta.

Advertisement

Kadangkala hingga terpaksa tinggalkan kenderaan untuk jangka masa yang lama. Jadi, di mana pula yang anda harus tinggalkan kenderaan dengan jangka masa yang panjang?

Satu laman travel berkongsi, terdapat satu perkongsian mengenai tempat parkir yang boleh digunakan, dekat dengan lapangan terbang, dan lebih murah juga. Jom kita tengok, di mana agaknya kawasan parkir tersebut?

Ada satu ruang parkir berdekatan KLIA, namanya Long Term Car Park (LTCP).

Kalau dari exit tol KLIA highway ELITE, ada dua signboard sebelum dan selepas Mitsui. Cari dalam Google Map pun ada.

Bayaran parkir 24 jam ialah RM32. Sejam RM2.50. Jauh beza berbanding RM46 sehari + RM4 sejam di KLIA2 dan berapa entah di KLIA.

Ada shuttle bas percuma ke KLIA dan KLIA2 disediakan, beroperasi 24 jam, ada setiap 15 minit.

Kawasan ni nampak macam horror sikit, dengan semak samun, siap ada burung gagak bunyi. Tapi jangan risau, tak ada Dark Witch.

Kawasan parkir yang meriah ialah tempat parkir staf. Kawasan parkir bukan staf, sunyi sepi. Tapi tak ada larangan pun kalau kita rakyat jelata nak sama2 parkir dengan staf. Ruang sangat banyak.

Malam-malam pun lampu terang benderang. Tak menakutkan.

Jadi, katalah kau memang perlu tinggalkan kereta yakni tak ada orang hantar / tak boleh nak naik teksi / Uber / Grab / bas airport coach, kemudian tak dapat pula parking di TBS ataupun Putrajaya Sentral (aku dah pernah kena – parkir penuh), boleh parkir di LTCP ini. Insya-Allah selamat.

Untuk lebih detail, baca di sini. Silakan share / tag kawan yang kau fikir dia perlu tahu tentang ini.


Ini area parkir staf. Boleh saja kita masuk campur parkir sekali di sini.


Free shuttle bus ke terminal KLIA dan KLIA2. Bus stop ni dekat je dengan area parkir staf tadi.


Kalau di KLIA nak ke LTCP, tunggu shuttle bus di Level 1 (medan bas pelancongan), dan pergi ke tiang Pintu 4.


Ini suasana LTCP waktu hampir 12 tengah malam. Terang benderang.


Mesin autopay berdekatan pintu keluar LTCP. Sediakanlah wang lebih awal supaya senang urusan. Apapun, sentiasa ada staf yang jaga di kabin biru sebelah tempat autopay ni.

Dengan tersedianya kawasan parkir ini, anda dah boleh meninggalkan kenderaan dengan lebih lama serta dapat menjimatkan perbelanjaan sedikit. Tiada lagi kerisauan untuk mencari parkir yang mempunyai lokasi yang strategik selepas ini.

Mari kita parkir kenderaan dengan berhemah, tanpa kerisauan lagi.

Sumber : Nota Perempuan Backpacker

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...