Anda yang pernah dijangkiti COVID-19 mungkin masih lagi merasai kesan sampingan ‘long COVID’ seperti cepat penat, mengah dan tidak bertenaga seperti selalunya.
Selain itu, terdapat kesan sampingan lain seperti ‘brain fog’ di mana seseorang itu kadangkala tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian ketika melakukan sebarang tugasan.
Macam satu perkongsian oleh seorang pakar perubatan ini di TikTok, Dr Hadi Othman memaklumkan bahawa mereka yang mengalami ‘brain fog’ adalah disebabkan keradangan yang berlaku di dalam otak ketika dijangkiti COVID-19.
Katanya lagi, ada beberapa tips yang boleh diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut.
Antaranya adalah seperti berikut:
1. Melakukan senaman yang boleh meningkatkan pernafasan.
Oksigen yang lebih diperlukan bagi membantu memulihkan keradangan dan fungsi-fungsi otak seperti sediakala.
2. Amalkan pemakanan yang sihat.
Ambil makanan seperti sayur-sayuran, minyak zaitun, kekacang dan juga buah-buahan.
3. Jauhi arak dan dadah.
4. Dapatkan tidur yang cukup.
5. Join program kemasyarakatan
Rajin-rajinkan diri sertai program kemasyarakatan agar minda lebih banyk berfikir secara kritis dan kreatif.
6. Mendengar muzik meditasi
Kalau yang beragama Islam boleh dengar bacaan Al-Quran atau membaca naskah suci tersebut.
Selamat mencuba!