“Rasa Seperti Semuanya Mudah & Pointer Pun Naik Mendadak”, Luah Gadis Ini Bila Mula Dekatkan Diri Pada Sang Pencipta.

Trending

“Rasa Seperti Semuanya Mudah & Pointer Pun Naik Mendadak”, Luah Gadis Ini Bila Mula Dekatkan Diri Pada Sang Pencipta.

Tak dinafikan masing-masing ada sejarah kisah silam atau pengalaman buruk dahulu kala. Kita sebagai manusia tak lari dari berbuat kesilapan dan masih sempat untuk bertaubat dan berubah demi mengejar redha ilahi.

Advertisement

Admin ingin kongsikan luahan seorang gadis yang merasai nikmat tenang setelah mula dekatkan diri kepadaNya, dan secara tidak langsung menjadikannya insan yang lebih baik, jom kita baca luahan gadis ini.

Assalamualaikum. Sebelum ni cuma share dekat kawan. Tak berani nak share dekat social media. Rasa nak share sebab rasa excited baca confession tahajjud tu. This is what happened to me bila I ubah sikit kehidupan seharian. Sebelum tu meh flashback kehidupan dulu.

Masa degree, sem 1 sampai sem 3, hari hari menangis sebab stress sangat study. Study gila-gila, asyik menangis, tapi tak score pun. Masuk sem 4, buat azam baru, taknak menangis. Haha. Jadi, I cuba benda baru. Instead of menangis, I selawat & istighfar. Sebab masatu tak mampu nak bangun tahajjud, jadi buat solat sunat dhuha. Selawat, istighfar & dhuha. 3 je ni konsisten buat. Sebab masatu rasa macam, hanya ALLAH je boleh bantu, hanya ALLAH je boleh lapang kan fikiran dan selesaikan masalah. Masa ni memang rasa desperate sangat. Rasa macam takde harapan langsung.

Hasil dia, sepanjang semester 4, tak rasa stress langsung. Setiap hari rasa happy. Subjek pun Alhamdulillah senang faham and tak stress belajar. Tak perasan pun part stress. Sampailah ada kawan tegur, kenapa dia tengok I macam relax sangat, happy je. Padehal subjek susah kot! I was, “emm susah ke. Tak rasa susah pun”. Jawab dalam hati.

Entah kenapa, semester 4, rasa macam everything mudah. And pointer I naik mendadak semester 4 tu. Bila reflect balik, baru sedar, bila kita ingat ALLAH, dan selalu berdoa, inshaALLAH semua kerja jadi mudah. Alhamdulillah.

Semester 5 & 6 upgrade sikit bangun tahajjud dan baca quran sampai subuh. Weh effect dia dahsyat weh. Walaupun you ada masalah bertimpa-timpa, tapi pertolongan datang dari segala sudut. Walaupun ada masalah, orang senang sangat nak tolong. Serious weh tak tipu. I spent my last 3 semester dengan hati gembira tanpa stress. Senang sangat nak faham apa cikgu ajar.

Lagi satu, bila you rajin buat dhuha, you akan perasan, yang apa yang you ada, semua cukup. Even duit you sikit pun, you takkan perasan. Unless you buat kira-kira baru you perasan duit tak banyak, tapi semua serba cukup. Duit tu macam tak pernah putus. Rasa macam dah habis guna duit, tetiba ada lagi duit. Serius tak tipu.

Kalau rajin buat dhuha, memang semua akan terasa cukup. Memang cukup pun. Tak percaya, try buat solat dhuha. Paling malas, selawat lah kalau ada masa lapang. Instead of menyanyi lagu korea masa buat assignment, try selawat. Dalam kereta, instead of nyanyi lagi Taylor Swift, try selawat for a change. Try. Try je. Tak dosa pun selawat. Konsisten buat. inshaALLAH ada perubahan positif dalam hidup you.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...