Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

“Rasa Seperti Baru Semalam Melahirkan..” Sudah Hampir Setahun, Elfira Loy Akui Teruja Jadi Ibu Kepada Rayyan Khalaf

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf  bakal mencecah umur satu tahun pada bulan Oktober ini.

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy yang kini sudah hampir setahun bergelar ibu meluahkan rasa kesyukuran itu menerusi ruangan instagram miliknya, baru-baru ini.

Dalam pada itu, dia turut merasakan bahawa perjalanan masa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu berlalu dengan cepat dan pantas.

Advertisement
View this post on Instagram

Can you believe @muhamadrayyankhalafofficial is one next month ? sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak. Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak , sekarang ni dia gigit gigit kita je ? . Thank you for making my journey as a mom begitu mudah & interesting . I can’t wait to explore soooo many things with you. Till jannah also okay my Khalaf.

A post shared by @ elfiraloy on

“Can you believe @muhammadrayyankhalafofficial is one next month? Sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak. Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je…”

Elfira turut berterima kasih kepada anaknya itu kerana membuatkan perjalanan dirinya sebagai ibu menjadi begitu mudah dan menarik.

Mengimbas kembali, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada Januari tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019 yang lalu.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top