“Rasa Seperti Baru Semalam Melahirkan..” Sudah Hampir Setahun, Elfira Loy Akui Teruja Jadi Ibu Kepada Rayyan Khalaf

Hiburan

“Rasa Seperti Baru Semalam Melahirkan..” Sudah Hampir Setahun, Elfira Loy Akui Teruja Jadi Ibu Kepada Rayyan Khalaf

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa syukur dan gembira apabila anak sulungnya, Muhammad Rayyan Khalaf  bakal mencecah umur satu tahun pada bulan Oktober ini.

Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy yang kini sudah hampir setahun bergelar ibu meluahkan rasa kesyukuran itu menerusi ruangan instagram miliknya, baru-baru ini.

Advertisement

Dalam pada itu, dia turut merasakan bahawa perjalanan masa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai ibu berlalu dengan cepat dan pantas.

“Can you believe @muhammadrayyankhalafofficial is one next month? Sekejap je masa berlalu dah setahun dah jadi mak. Rasa macam semalam baru belajar nak burp kan anak, sekarang ni dia gigit gigit kita je…”

Elfira turut berterima kasih kepada anaknya itu kerana membuatkan perjalanan dirinya sebagai ibu menjadi begitu mudah dan menarik.

Mengimbas kembali, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada Januari tahun lalu. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Rayyan Khalaf pada 1 Oktober 2019 yang lalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...