Baru-baru ini, video memaparkan pengacara serta pelakon, Sharifah Aleya ditemubual dalam channel YouTube Mingguan Wanita telah menarik perhatian ramai.
Imej wanita muslim tindik hidung
Dalam sesi temubual tersebut, Sharifah Aleya ditanya soal mengenai sebagai seorang wanita muslim yang memilih untuk bergaya dengan menindik hidung.
Pelakon tersebut mengakui bahawa dirinya sama sekali tidak kisah dikecam ramai dek imej sedemikian dan kekal tenang melayan komen-komen negatif warganet.
View this post on Instagram
Tegas Aleya, tindakan menindik hidung itu adalah keputusannya sendiri tanpa menjejaskan mana-mana pihak dan dia juga menyukai gaya sedemikian.
Suami dan keluarga support, suka imej tindik hidung
Ditanya soal reaksi keluarga, selebriti terbabit mengatakan suami serta ahli keluarga yang lain tidak mempersoalkan keputusannya menindik hidung, malah suami menyukai dan ibunya kadang kala memuji subang dihidungnya.
Ia hanya tindik hidung. Saya buat kerana saya mahu, bukan kerana sebab tertentu.
Dalam pada masa yang sama, Aleya juga mendedahkan dia pernah terfikir untuk menindik di bahagian kening serta lidah tetapi hasrat tersebut dilupakan selepas mempertimbangkan risiko yang akan ditanggung.