“Rasa Sedap Tu Memanglah Sedap, Tapi You Are Slowly Killing Yourself” – Doktor

Trending

“Rasa Sedap Tu Memanglah Sedap, Tapi You Are Slowly Killing Yourself” – Doktor

Ketika ini jumlah pesakit yang menghidap diabetis makin meningkat. Namun apa yang paling membimbangkan adalah pengidap diabetis dikalangan golongan muda semakin ramai.

Advertisement

Aspek pemakanan haruslah dipandang serius agar dapat mengurangkan risiko dari penyakit ini. Jom ikuti pendedahan seorang doktor mengenai gejala kencing manis dikalangan muda belia..

Bila saya jumpa pesakit diabetes terutama sekali yang didiagnose pada umur yang muda (bawah 35 tahun), saya akan korek lagi cerita silam mereka.

Soalan wajib saya..

“Boleh kongsikan tak apa yang awak makan setiap hari sampai boleh dapat diabetes pada umur yang muda?”

True Stories

1. 30 tahun, kerja menjual nasi lemak. Setiap hari secara purata akan minum 1.5 litre Teh O sepanjang bekerja. Mengamalkan cara hidup begitu selama 4 bulan sehingga disahkan diabetic.

2. 31 tahun, eksekutif. Gaya hidup suka minum CoolBlog dan Chat Time (1 week atleast 2 or 3 times), kek seminggu sekali, aiskrim seminggu sekali, coklat lebih kurang setiap hari. 8 bulan, diagnose diabetes.

3. Jurutera berusia 27 tahun. Coke adalah minuman kegemaran. Boleh kata seminggu empat ke lima kali tin Coke itu adalah pasti. Frappucino Starbucks semasa hari minggu bila keluar dengan kawan-kawan. 6 bulan diagnose, diabetes.

Sudah terang lagi bersuluh, cara pemakanan kita akan mempengaruhi kesihatan kita dan saya rasa cara pengambilan makanan seperti tiga contoh di atas menjadi norma masyarakat sekarang.

Tidak perlu setahun pun hidup seperti ini dan dah dapat diabetes.

– Coconut shake double scoop ice cream with whip cream
– Burger bakar with tripple cheese
– Milkshake with extra nuttela chocolate and chocolate sprinkle
– Cakoi peanut butter

Sedap memanglah sedap tetapi you are slowly killing yourself. Kalau kita tak tukar cara pemakanan kita, tak terkejutlah klinik diabetes saya akan dibanjiri pesakit-pesakit muda diabetes. Dan lagi mengerikan ialah komplikasinya sendiri.

Kredit : Doktor Nur Ain Mohd Ghazali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...