Rasa Sayang Tak Pernah Berubah Pada Shuib, Jep Dedah Sekadar Beri Penjelasan Bukannya Mahu Buka Aib

Hiburan

Rasa Sayang Tak Pernah Berubah Pada Shuib, Jep Dedah Sekadar Beri Penjelasan Bukannya Mahu Buka Aib

Sejak beberapa hari lalu, selepas pelawak dan penyampai radio Jep Sepahtu memberi penjelasan dari pihaknya mengenai status Shuib dalam kumpulan Sepahtu, pelbagai reaksi yang telah diterima daripada netizen.

Jep atau nama sebenarnya, Muhd Nadzri Zainal Abiddin ada memberitahu segala yang ditulis adalah untuk penjelasan kepada orang ramai agar tiada lagi cakap belakang tetapi ada sesetengah netizen masih menuduh pelawak tersebut sengaja membuka aib rakan baik sendiri.

Advertisement

Susulan itu, seorang pengguna TikTok telah berkongsikan semula live TikTok menjawab soalan daripada netizen mengenai masih sayang ataupun tidak pada Shuib.

Menurut Jep dalam live tersebut, rasa sayang terhadap rakan-rakannya sama sekali tidak pernah berubah dan segala yang ditulis pada Ahad lalu cumalah penjelasan, bukannya mahu membuka aib mana-mana pihak.

Dalam pada masa yang sama, Jep turut berkata Shuib merupakan individu yang ada disisinya sejak mereka memulakan kerjaya dalam industri seni.

komen netizen

komen netizen

Menjengah di ruangan komen, netizen setuju dengan segala yang diperkatakan oleh Jep serta turut mengagumi persahabatan mereka serta segala kontroversi yang berlaku ketika ini adalah salah faham dari beberapa pihak.

1 year ago

"Saya Dah Ajak, Dah Pujuk Tapi..." - Jep Minta Peminat Berhenti Harap 'Sepahtu' Kembali Bersama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...