Rasa Penat Nak Segarkan Badan, Jom Berendam Dalam Kolam Air Panas

Travel

Rasa Penat Nak Segarkan Badan, Jom Berendam Dalam Kolam Air Panas

Kadangkala badan kita perlukan rehat, dengan berendam di dalam kolam air panas bolehlah segarkan badan kita yang lemau berkerja.

Apa kata hujung minggu ini anda dan keluarga pergi berehat di kolam air panas.

Advertisement

Taklah bosan sangat cuti anda sekeluarga sampai hari Isnin ini. Bukan itu sahaja, hubungan kekeluargaan juga akan makin erat bila sentiasa keluar bersama.

Jadi, kami akan kongsikan beberapa lokasi riadah yang menjimatkan di beberapa kolam air panas yang cukup terkenal.

Felda Resident Hot Spring, Sg. Klah, Sungkai 

Felda Hot Spring

Sungai Klah atau dikenali sebagai Sungkai Hot Spring ni terletak di felda Sungkai.
Sungai Klah ni merupakan antara tempat menarik dan sesuai dijadikan sebagai tempat untuk orang ramai khususnya keluarga meluangkan masa bersama.
Tempat ni sangat friendly, ditemani dengan alam semula jadi dan yang pastinya berbaloi.
Caj untuk masuk ke Sungai Klah ialah:-
  1. Dewasa RM15
  2. Kanak-Kanak RM12 

Sungai Klah ini bukan hanya tertumpu kepada kolam air panas sahaja. Ada banyak lagi tarikan yang terdapat di sini antaranya ialah taman tema air.

Bukan itu sahaja anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti lain selain dari mandi manda iaitu merebus telur. Di sini terdapat tempat khas yang disediakan kepada kita untuk merebus telur secara tradisional.

merebus telur

Kredit: Blog Pojiegraphy

aktiviti rebus telur

Kredit: Blog Pojiegraphy

Kolam air panas Lubuk Timah, Simpang Pulai

Kolam air panas lubuk timah

Pusat Rekreasi Lubuk Timah sememangnya punyai keunikan yang tersendiri kerana disana terdapat air terjun yang sejuk dan ada juga kolam air panas.

Kolam air panas ini telah dibina semula dan diletakkan di pinggiran sungai yang mana air terjun asal mengalir disisinya.


kolam air panas lubuk timah
Di pusat Rekreasi Lubuk Timah juga terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

kolam air panas lubuk timah

Jika anda merancang untuk ke sana, anda harus melalui jalan ke Cameron Highland melalui Simpang Pulai sehingga terjumpa papan tanda kecil menunjuk arah simpang masuk ke pusat Rekreasi Lubuk Timah dan perlu melalui jalan sejauh 1 kilometer sebelum sampai ke lokasi air panas.

kolam air panas lubuk timah

Masa lawatan:

  • 8.00 pagi – 6.30 petang

Harga tiket masuk:

  • RM5.00 (Dewasa berusia 12 tahun ke atas)
  • RM3.00 (Kanak-kanak berusia 3 tahun hingga 11  tahun)
  • RM3.00 (Warga emas berusia 60 tahun ke atas)

Kolam air panas Pengkalan Hulu 

kolam air panas pengkalan hulu

Pengkalan Hulu dahulunya dikenali sebagai Kroh. Kedudukan Chalet Air Panas Pengkalan Hulu ini bersempadan dengan Thailand iaitu kira-kira 5 km sahaja dari Stesen Imigresen Bukit Berapit.

kolam air panas pengkalan ulu

Sambil mandi air panas untuk kesegaran dan kesihatan badan, menginaplah di chalet sebagai percutian yang berbaloi.

Kolam air panas Kuala Woh

kolam air panas Kuala Woh

Kolam Air Panas Kuala Woh juga merupakan kawasan rekreasi dan perkelahan. Kolam air panas ini sama seperti Kolam Air Panas Lubuk Timah yang terletak di lokasi mandi air terjun.

air panas Kuala Woh

Setelah sejuk mandi air terjun, bolehlah beralih ke kolam air panas pula. Anda juga boleh merebus telur untuk dimakan.

kolam air panas Kuala Woh

Bukan sahaja lokasi berkelahnya cukup mengujakan tetapi juga destinasi percutian alam ini kaya dengan keindahan flora dan fauna mempesonakan.

rama-rama menjadi tarikan utama di Kuala Koh

Kehadiran rama-rama Rajah Brooke’s yang hidup bebas di dalam habitat semula jadinya dan gabungan air sungai Batang Padang serta air panas semula jadi di Lubuk Merbau melengkapkan percutian alam di Hutan Rekreasi Kuala Woh.

Kolam air panas Sungai Lalang

kolam air panas sungai Lalang

Kolam Air Panas Sungai Lalang, terletak kira-kira 12km dari Pekan Semenyih, mempunyai dua kolam air panas yang keseluruhannya bersaiz kira-kira 36,000 kaki persegi dan sedalam paras pinggang.
kolam air panas Sungai Lalang

Bersebelahan kolam itu, turut disediakan trek untuk sukan lasak seperti larian lasak dan basikal bukit. Konsep kolam air panas yang santai pastinya memberi keseronokan kepada anda yang ingin menghilangkan tekanan kerja dan mahukan ketenangan.
sungai lalang

Sungai Lalang Hotspring ini dibuka dari 10 pagi sehinggalah 4.30 petang dan bayaran masuk pula adalah serendah RM3 bagi dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak.

Kami dah kongsikan kepada anda beberapa tempat menarik untuk anda berendam  bersama keluarga pada hujung minggu ini.

Selamat menenangkan fikiran dan selamat berhujung minggu ya!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...