Rasa Musim Panas Yang Menyegarkan. Häagen-Dazs Perkenal Ais Krim, Smoothie & Parfait Baharu. WAJIB Cuba!

Branded

Rasa Musim Panas Yang Menyegarkan. Häagen-Dazs Perkenal Ais Krim, Smoothie & Parfait Baharu. WAJIB Cuba!

Rakyat Malaysia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Asal ada makanan baru dan viral, ramailah yang sanggup beratur nak beli. Nak tambahkan senarai makanan yang korang WAJIB cuba, BeautifulNara nak kongsikan hidangan Summer Creation dari kedai Häagen-Dazs yang kami yakin anda mesti suka!

Summer Creation ni ada 4 dessert yang menggunakan ais krim baharu dengan perisa Watermelon & Strawberry dan Cherry & Blackberry dari Häagen-Dazs yang pasti dapat mendinginkan hari-hari anda dengan rasa yang sangat menyegarkan. Ni serius kami approve!

Ucapkan selamat tinggal kepada cuaca panas dengan Häagen-Dazs

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Baru-baru kami ni berpeluang untuk menikmati keempat-empat dessert istimewa dari Häagen-Dazs yang terdiri daripada 2 smoothie dan 2 parfait. Nak tau rasa dia macam mana? Let’s check it out!

i) Very Berry Smoothie

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Bagi hidangan Very Berry Smoothie, anda akan merasai kenikmatan ais krim Cherry & Blackberry Häagen-Dazs yang dikisar bersama sorbet raspberi dan jus epal. Siap ada potongan buah strawberi dan kiwi bagi menambahkan lagi kenikmatan smoothie ni.

ii) Watermelon Sunny Cooler

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Untuk hidangan cooler ni pula, anda pasti suka keunikan rasa masam dan manis dalam minuman ini. Ais krim Watermelon & Strawberry Häagen-Dazs yang dikisar bersama sorbet mangga, tembikai, strawberi, limau nipis dan red fruit coulis pasti membangkitkan keceriaan musim panas anda!

iii) Cherry Berry Crunch

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Ini merupakan pilihan peribadi kami, aiskrim Cherry & Blackberry menjadi topping untuk lapisan raspberi sorbet, granola crunch, krim putar, emping raspberi dan buah raspberi sebenar. Sekali makan memang tak puaslah!

iv) Watermelon Strawberry Bliss

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Hidangan last ni pun anda wajib cuba, rasa aiskrim  Watermelon & Strawberry beserta raspberi sorbet yang menjadi topping diatas lapisan granola, red fruit coulis serta potongan kecil strawberi dan tembikai yang membantu menyejukkan kehangatan diri anda!

Keenakan rasa buah, ditambah dengan creamy ais krim pastinya membuatkan anda rasa seperti diawangan dengan setiap suapan.

Rasanya memang padu, sesuai sangat dimakan pada musim panas ni. Tapi kalau anda makan bersama yang tersayang mesti berganda-ganda kemanisannya.

Oh bukan itu saja tau, sebenarnya ada satu lagi dessert yang kami rasa ‘ngam’ sangat untuk musim panas ni, iaitu Fruit Lover Sliced Cake. Anda boleh menikmati 4 perisa enak yang terdiri daripada Kacang Macadamia, Coklat Belgium, Biskut Krim Karamel dan Strawberi dalam satu kek yang dibuat khusus untuk memberikan rasa baru yang menyegarkan.

Fruit Lover Sliced Cake boleh didapati di kedai Häagen-Dazs atau secara online.

Nikmati ais krim fruity, creamy & dreamy hanya di Häagen-Dazs!

Haagen Dazs (BeautifulNara)

Sebenarnya ada lagi satu yang menarik dengan kedai Häagen-Dazs ni tau, selain menawarkan aiskrim dengan pelbagai pilihan serta dessert yang enak, kedainya juga sesuai sangat untuk anda kunjungi bersama keluarga, pasangan atau rakan-rakan.

Kalau anda nak tahu, outlet instagrammable Häagen-Dazs yang kami kunjungi ni merupakan outlet pertama di negara ini dengan reka bentuk serba baharu.

Design baru ini memberikan pelanggan perasaan, umpama melangkah ke satu dunia baru yang lebih berani, berwarna-warni dan penuh kebahagiaan. Pengembaraan aiskrim yang indah ini boleh dinikmati di outlet 1Utama Shopping Centre.

Bukan saja ruang yang selesa. Malah, susun atur kedai juga juga lebih trendy dan menarik untuk OOTD dengan penggunaan warna terang dan ceria.

Tunggu apa lagi? Jom ke kedai Häagen-Dazs berdekatan untuk menikmati kesegaran Summer Creation untuk waktu yang terhad.

Untuk maklumat lanjut tentang menu istimewa musim panas Häagen-Dazs dan cawangan kedai yang berdekatan korang boleh klik di SINI atau ikuti Facebook & Instagram Häagen-Dazs.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...