Seperti yang rakyat Malaysia sendiri tahu, pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta sering mencuri tumpuan ramai kerana gaya fesyen dan pemakaiannya.
Begitu juga anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 8 tahun di mana dia dikatakan persis ibunya kerana turut bergaya ke mana-mana sahaja mereka pergi.
Terbaru, keluarga bahagia itu meluangkan masa bercuti di Bali, Indonesia dan sudah tentu perkongsian mereka di Instagram meraih perhatian ramai peminat.
Bukan hanya Che Ta, tetapi hantaran Aaisyah di Instagram ketika sedang bersantai di tepi pantai mendapat perhatian warganet kerana gayanya yang begitu ‘vogue’.
Menggayakan gaun berwarna merah jambu bersama rantai, cermin mata dan beg tangan jenama mewah, ramai netizen memuji kecantikan Aaisyah.
Bagaimanapun, sesetengah dilihat mengkritik Che Ta kerana membiarkan anak berpakaian sebegitu ketika usia yang dianggap masih kecil.
Mereka turut menegur Che Ta agar mendidik anak mengenai aurat sejak kecil dan seharusnya Aaisyah yang kini bersekolah Darjah 2 sudah tahu tentang itu.
Bukan itu sahaja, ada yang berpendapat agar Che Ta membiarkan Aaisyah menikmati zaman kecilnya seperti kanak-kanak yang lain dan tidak membiarkannya ‘tua sebelum usia’.
Meskipun dikritik tentang itu, ramai yang turut berpihak kepada Che Ta dan berpendapat biarlah dia mendidik anak dengan caranya tersendiri.
Tidak perlulah orang luar terutamanya mereka yang langsung tidak kenal keluarga ini untuk masuk campur urusan peribadi sebegitu.
Apa pendapat korang? Korang setuju ke yang Che Ta patutnya biar Aaisyah jadi kanak-kanak macam orang lain atau biarkan saja keluarga itu dengan cara mereka.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.