Rasa Malu Sebab Ada Dagu “Double Chin”? 6 Cara Ini Boleh Hilangkan Dagu Berlapis!

Trending

Rasa Malu Sebab Ada Dagu “Double Chin”? 6 Cara Ini Boleh Hilangkan Dagu Berlapis!

f6c925cd-d090-46ea-9c99-4d5e41298c6fNak kata gemuk, tak pun. Tapi kenapa dagu tu berlapis cik adik oi? Malunya! Perasan tak yang double chin ni bukan hanya ada pada mereka yang gemuk je. Yang kurus pun ada double chin!

Untuk dapatkan dagu yang runcing, ada yang sanggup buat pembedahan plastik atau suntikan.

Advertisement

Tak payah nak berbelanja besar untuk hilang dagu berlapis. Cara mudah ini pun mampu buang lemak bawah dagu anda tu.

1. Masker putih telur

Dagu berlapis adalah lebihan lemak dan kulit yang kendur. Sapu wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon dan kulit di bahagian dagu akan menjadi tegang.

2. Elakkan tidur siang

Pada mereka yang suka tidur siang, elakkan la lepas ni. Tidur siang buatkan wajah jadi lesu dan membengkak. Dagu pun akan jadi berlapis jika anda selalu tidur siang.

3. Senaman wajah mudah

Senang je. Buka mulut seluas-luasnya kemudian tutup. Ulang gerakan ini beberapa kali. Tak pun anda boleh kunyah gula-gula getah. Ia mampu memecahkan lemak di bawah dagu.

4. Elakkan makanan berlemak

Jika anda ambil makanan berlemak, berat badan anda akan naik. Wajah anda juga akan turut mengembang. Kebanyakan wanita gemuk mesti ada double chin.

5. Minum air banyak

Bila minum air dengan banyak, ia mampu menghilangkan berat badan berlebihan, sekaligus meruncingkan wajah anda. Ambil 8 gelas air sehari untuk dapatkan berat badan ideal.

6. Ketawa

Bila kita ketawa, otot wajah kita akan bekerja. Sebab tu la ketawa buatkan wajah kita nampak awet muda dan mengurangkan lemak bawah dagu. Lepas ni, ketawa la walaupun cerita tu tak lawak.

sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...