“Rasa Macam Nak Mampus” – Michael Ang Tak Tahan Terpaksa Pakai ‘Mask’ Masa Naik ‘Flight’

Hiburan

“Rasa Macam Nak Mampus” – Michael Ang Tak Tahan Terpaksa Pakai ‘Mask’ Masa Naik ‘Flight’

Pengarah dan pelakon, Michael Ang baru-baru ini berkongsi tentang perasaannya yang terpaksa bertahan memakai pelitup muka ketika berada dalam penerbangan ke Kota Bharu.

Menurut Michael, dia berasa tidak selesa kerana diwajibkan memakai ‘mask’ ketika di dalam kapal terbang walaupun perjalanan tersebut memakan masa yang singkat.

Advertisement

First time fly since Covid and to Kota Bharu je, satu jam dalam flight and pakai mask I rasa macam nak mampus.”

Michael turut mempersoalkan bagaimana sesetengah orang boleh bertahan memakai pelitup muka dalam jangka masa yang lama.

Seriously macam mana you all tahan fly jauh-jauh dan berjam-jam kena pakai mask.”

Dalam pada itu, Michael menerangkan di ruangan ‘caption’ hantaran tersebut bahawa posting berkenaan bukannya untuk mencemuh mana-mana pihak sebaliknya hanya menjelaskan perasaannya berkaitan situasi itu.

Salam semua. Ini pasal diri aku ya bukan nak carut siapa-siapa ya. This is how I felt je ya. Love you all and be safe.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman berkaitan situasi terbabit.

Untuk info, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan pemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan kecuali ketika menggunakan pengangkutan awam dan di fasiliti-fasiliti kesihatan.

2 years ago

"Sembang Je Kau" - Sokong Michael Ang 'Backup' Najib, Fazura Kena 'Cancel' Dengan Netizen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...