“Rasa Macam Nak Gugurkan Je” – Setiap Tahun Beranak, Wanita Terkilan Ibu Mertua Enggan Jaga Anak Raih Perhatian

Kehidupan

“Rasa Macam Nak Gugurkan Je” – Setiap Tahun Beranak, Wanita Terkilan Ibu Mertua Enggan Jaga Anak Raih Perhatian

Sebuah perkongsian daripada seorang wanita baru-baru ini telah mengundang kecaman netizen berikutan sikapnya yang dikatakan tidak bertimbang rasa terhadap ibu sendiri.

Dalam hantaran yang menjadi bahan bualan ramai itu, wanita berkenaan ada meluahkan perasaan kecewa kerana respon yang diterima daripada ibu mertuanya yang seakan-akan tidak gembira apabila diberitahu bahawa dia kini hamil lagi.

Advertisement
TwitterSumber : Twitter  

Difahamkan, wanita itu baru sahaja menimang cahaya mata pada Januari lalu dan akan bersalin lagi pada tahun hadapan.

Tengok cara mertua aku balas, terkilan gila aku rasa. Aku bukan suruh jaga saja. Bayar banyak kot sampai RM250 kadang-kadang RM300 sebulan. Rasa macam nak gugurkan je.

Menerusi tangkap layar status tersebut, ibu mertua wanita tersebut sempat memberi pesanan agar mencari pengasuh kerana sudah penat menjaga anak mereka.

Meskipun hantaran tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya, namun ia telah mendapat reaksi daripada ramai pihak yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan tindakan wanita itu.

Twitter

Pandai beranak pandai la cari babysitter. Orang tua memang tak larat nak jaga pun. Sedar jela sendiri. Ingat RM200 -300 tu banyak ke? Aku jaga anak buah sejam dua pun dah sakit pinggang – netizen

Malah, ada yang memuji respon ibu mertua wanita terbabit yang dirasakan berterus-terang kerana ianya lebih baik daripada memendam rasa dan makan hati akibat diperlakukan seperti itu oleh anak menantu sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

"Macam Tak Ada Kedai Lain" - Jadi Tempat Persinggahan Geng RXZ, Kedai 'Akak Air Buah' Kembali Meriah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...